Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 15 Januari 2011

UMI HAFILDA NYAMUK KATA ANWAR IBRAHIM....NYAMUK APA.....????????


salam kepada semua....


``INI HANYA SOAL NYAMUK...`` KATA ANWAR IBRAHIM KETIKA MENGULAS CABARAN BERDEBAT YANG DI MINTA OLEH UMI HAFILDA KE ATAS BELIAU.....
ANWAR TIDAK MAHU MENJAWAB...ANWAR MINTA PRESIDEN PAS YANG JAWABKAN.....



NYAMUK BUKAN SEBARANG NYAMUK.....


WALAUPUN TUBUHNYA KECIL..TAPI MAMPU MEMBINASAKAN....



BUKAN SEKADAR MEMBERIKAN SAKIT....TAPI BOLEH MEMBAWA KEPADA KEMATIAN...



TIDAK KAH ANWAR IBRAHIM SEDAR MENGENAI PERKRA ITU...????


ADAKAH NYAMUK INI HANYA NYAMUK BIASA...YANG HANYA MEMBUATKAN KULIT TERASA GATAL DAN MERAH-MERAH....


ATAU UMI HAFILDA INI ADALAH NYAMUK AEDES YANG BOLEH MEMBAWA DEMAM DENGGI SEHINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN.....
Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-


"Itu hanya soal nyamuk", kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

NONEUmmi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis "Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno" di Kampung Geliga, di Kemaman, hari ini yang dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lalu itu, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Presiden PAS untuk menjawab isu berkenaan.

NONEAbdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:

"Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab".

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap PAS.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

- Bernama






Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse