Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 6 Januari 2011

PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MELAYU BERSARA


salam kepada semua...

PENULIS SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA ENGKU TAN SRI IBRAHIM ENGKU NGAH,PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA YANG AKAN BERSARA PADA HARI ESOK.....
JASA BELIAU SELAMA 22 TAHUN SEBAGAI PENYIMPAN MOHON BESAR RAJA-RAJA MELAYU SANGAT BERHARGA DAN BERNILAI KEPADA NEGARA....


SIAPA YANG TIDAK AKAN MENUNGGU PENGUMUMAN HARI RAYA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH BELIAU DI HADAPAN STESEN TELEVISYEN SETIAP KALI MENJELANGNYA BULAN SYAWAL DAN AIDILADHA.....


SEMOGA ENGKU SRI IBRAHIM AKAN SENTIASA MENDAPAT LINDUNGAN DAN RAHMAT DARIPADA ALLAH S.W.T KERANA SETIA SEBAGAI PEYIMPAN MOHON BESAR RAJA-RAJA MELAYU......


Berikut merupakan kenyataan mengenai perkara ini:-


Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan bersara, Jumaat.
Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan persaraan beliau, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22tahun lepas.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.
Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari, 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang merupakan seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yangdi-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) JabatanPerdana Menteri sebelum bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada April 1987. - BERNAMA








Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse