Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 9 November 2013

PELAN PELABURAN DAN SIMPANAN (KARISMA) DARIPADA MAYBANK GROUP

Salamkepada semua Pembaca Blog Smart Generation...

Disini asri ingin berkongsi satu pelan simpanan dan pelaburan hebat yang telah dikeluarkan oleh Maybank Group yang dinamakan sebagai KARISMA.
ANDA BELUM MEMBUAT SIMPANAN JANGKA MASA PANJANG ANDA..?
ANDA MAHUKAN PELAN PELABURAN DAN SIMPANAN YANG TERJAMIN DAN BENAR-BENAR MELINDUNGI DIRI DAN KEWANGAN ANDA?
ANDA TIDAK MAHU BERGANTUNG HANYA KEPADA WANG PERSARAAN ATAU KWSP ANDA PADA MASA AKAN DATANG KERANA TIDAK MENCUKUPI?
ANDA MAHUKAN KEUNTUNGAN YANG TINGGI DARIPADA SIMPANAN ANDA..?
KINI..ANDA DIBERIKAN PELUANG OLEH MAYBANK GROUP UNTUK MENGGUNAKAN SEJUMLAH DANA IAITU SEBANYAK RM 6.5 BILION UNTUK DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG BENAR-BENAR INGINKAN PELABURAN YANG TERJAMIN DAN PATUH SYARIAH IAITU PELAN KARISMA!

SIAPA YANG BOLEH SERTAI..?

SESIAPA SAHAJA YANG ADA PENDAPATAN BEKERJA SENDIRI,KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA!
APAITU PELAN KARISMA ETIQA TAKAFUL MAYBANK GROUP?
Karisma ialah pelanTakaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan. Ia juga memberikan andaPembayaran Tunai sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi yang akan dibayarsetiap dua (2) tahun di sepanjang tempoh pelan.
Dengan perlindungan fleksibel untukPeserta dan Orang Dilindungi, anda boleh memilih tempoh perlindungan minimum 10tahun dan boleh dilanjutkan sehingga maksimum 20 atau 30 tahun.
Manfaat Utama : Manfaat Hidup ;Manfaat Kematian ; Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) ; ManfaatMatang ; Perlindungan Fleksibel (Manfaat Tambahan Pilihan).
Jadual PembayaranTunai (Manfaat Hidup) :Di bayar  2 tahun sekali secara autokredit ke mana-mana akaun pilihan pelanggan!
Tahun Sijil
% daripada Jumlah Asas Perlindungan
2 - 10
5%
12 - 20
7.5%
22 - 30
10%



CONTOH KASAR YANG BOLEH ANDA KETAHUI :-

ANDA MEMILIH UNTUK MENGAMBIL DANA PILIHAN SEBANYAK RM 100,000

DALAM MASA 20 TAHUN ANDA MEMBUAT SIMPANAN TANPA DI SANGKA DAN DI DUGA ANDA TELAH PUN MENDAPAT RM 100,000 SECARA PERCUMA DAN WANG SIMPANAN ANDA MENERIMA DIVIDEN TAHUNAN SEHINGGA 8 % SETAHUN!
ANDA AKAN MENERIMA MANFAAT SIMPANAN ANDA 2 TAHUN SEKALI YANG AKAN TERUS DI KREDITKAN KE MANA-MANA AKAUN PILIHAN ANDA SENDIRI!

ANTARA KELEBIHAN YANG ANDA AKAN PEROLEHI ADALAH..
1.PULANGAN KADAR KEUNTUNGAN SIMPANAN TAHUNAN 3%-8%
2.PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN SEHINGGA MAKSIMUM RM 6,000.00
3.PERLINDUNGAN KEWANGAN ANDA TERJAMIN SEKIRANNYA APA-APA BELAKU KEPADA ANDA,SIMPANAN DAN PELABURAN ANDA TIDAK AKAN MASUK KE AMANAH RAYA!

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI PELABURAN SIMPANAN BERSAMA MAYBANK GROUP INI :-
BOLEH HUBUNGI SAYA KAUNSELOR KEWANGAN ANDA UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI PENERANGAN SEKITAR LEMBAH KLANG,KUALA LUMPUR,SELANGOR DAN PUTRAJAYA :-)
MOHD ASRI BIN ZULKIFLI
NO TELEFON ;- 0133041806
EMAIL :- asri_um88@yahoo.com
Saya akan memberikan penerangan sepenuhnya kepada anda bagi merealisasikan impian simpanan anda dan perancangan masa depan Anda!

PILIH PELAN PELABURAN TERBAIK DARIPADA KAMI UNTUK PERANCANGAN KEWANGAN ANDA PADA MASA AKAN DATANG!

berikut adalah penerangan ringkas mengenai produk KARISMA ini :-
Mulakan Perlindungan dan Simpanan Anda untuk Persedian Hari Esok
Saat-saat bahagia yang dilalui bersama sememangnya indah. Oleh itu, untuk mengekalkannya adalah penting untuk anda menyediakan perlindungan bagi diri dan juga keluarga tersayang daripada situasi tidak diduga. Persedian tersebut hanya boleh dikecapi sekiranya anda mempunyai simpanan yang teratur. Dengan pelan persediaan dan perlindungan yang teratur, anda bukan sahaja memberi jaminan masa depan untuk keluarga tersayang, malah turut melindungi mereka sekalipun anda telah tiada.
"Rata-rata rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan secukupnya. Malah, mereka tidak bersedia akan kepincangan kewangan sekiranya kehilangan pekerjaan atau diberhentikan. Menurut tinjauan terkini oleh Citi's Financial Quotient (Fin-Q) 2008, 12% daripada rakyat Malaysia memberitahu bahawa mereka tidak langsung menabung. Sekiranya seseorang kehilangan perkerjaan, tetapi dengan perbelanjaan tetap berterusan, seorang daripada lima responden menyatakan bahawa simpanan mereka hanya mampu bertahan selama empat minggu. Secara purata, rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai peruntukan simpanan untuk 11 minggu"*
*Sumber: The Star, 19 February 2009
Perlindungan Menyeluruh dengan Manfaat Jangka Panjang
Karisma ialah pelan Takaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan. Ia juga memberikan anda Pembayaran Tunai sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi yang akan dibayar setiap dua (2) tahun sepanjang tempoh pelan. Dengan perlindungan fleksibel untuk Peserta dan Orang Dilindungi, anda boleh memilih tempot perlindungan untuk 20 atau 30 tahun.
Manfaat Utama
Manfaat HidupNikmati Pembayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi pada akhir setiap dua (2) tahun Sijil sepanjang tempoh Sijil tersebut.

Tahun Sijil% Jumlah Asas Dilindungi
2 - 105%
12 - 207.5%
22 onwards10%
Manfaat KematianSekiranya berlaku kematian terhadap Orang Yang Dilindungi disebabkan faktor semula jadi atau akibat kemalangan, Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000, berserta nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan dana tersebut (jika ada) akan dibayar sekaligus.
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)Sekiranya HUMK berlaku terhadap Orang Dilindungi sebelum usia 65 tahun, Jumlah Dilindungi termasuk nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan dana tersebut (jika ada) akan dibayar.

Jika Jumlah agregat yang Dilindungi mencapai sehingga RM1 juta, ia akan dibayar sekaligus. Jika Jumlah Dilindungi melebihi RM1 juta, makan baki Jumlah dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas pembayaran pertama dilakukan, tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak Sijil.
Manfaat MatangSekiranya Orang Dilindungi masih hidup sehingga akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam DPP termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut dan Dana Pelaburan Peserta (jika ada), yang telah diperuntukkan kepada Peserta akan dibayar.
Perlindungan FleksibelLebih fleksibel untuk menambah perlindungan dengan pilihan rider untuk Orang Dilindungi dan Peserta.
Rider untuk Orang Dilindungi
Kematian dan Hilang Upaya Akibat KemalanganManfaat Kematian atau Hilang Upaya Akibat Kemalangan.
Indemniti KemalanganIndemniti kemalangan untuk kematian atau HUMK, Hilang Upaya Separa Kekal (HUSK), Hilang Upaya Menyeluruh Sementara (HUMS) (mingguan), belanja pembedahan dan perubatan. Indemniti berganda tertakluk pada klausa.
Penyakit KritikalManfaat tambahan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 36 jenis Penyakit Kritikal.
Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit KritikalSumbangan akan datang dikecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 35 jenis Penyakit Kritikal.
Manfaat Tunai di HospitalManfaat Tunai Harian jika anda dimasukkan ke hospital.
"Medic Save"Pelan Hospital dan Perubatan.
Rider BertempohPerlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK
Kekerapan Tambah NilaiKemudahan untuk menambah nilai pelaburan.
Rider untuk Peserta
Pengecualian Sumbangan untuk Rider Penyakit Kritikal (Pembayar)Sumbangan akan datang dikecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 35 jenis Penyakit Kritikal.
Pengecualian Sumbangan untuk Kematian dan HUMKSumbangan akan dikecualikan untuk Kematian dan HUMK.
Rider Bertempoh (Pembayar)Perlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK.
Manfaat Pendapatan KeluargaManfaat bertempoh akan dibayar secara tahunan di atas tempoh baki rider.
Ciri-ciri Utama
Umur Layak Penyertaan*Minimum: 14 hari
Maksimum: 55 tahun
Had Umur Peserta/Pemilik Sijil*Minimum: 19 tahun
Maximum: Tiada umur maksimum
Had Umur Matang*Maximum: 85 tahun
Tempoh Yang Ditawarkan20 or 30 tahun
Jumlah DilindungiMinimum: RM 12,500
Maksimum: Tertakluk kepada Penaja Jamin
Sumbangan MinimumTertakluk pada Jumlah Minimum Dilindungi
Kaedah PembayaranBulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan
*Umur pada hari lahir berikutnya
Asas Kontrak
Pelan ini adalah berasaskan konsep Tabarru', di mana Peserta bersetuju untuk menyumbang (menderma) jumlah tertentu ke dalam Dana Risiko Pelaburan (DRP)/Dana Tabarru' bagi tujuan membantu antara satu sama lain di saat memerlukan.
Pelan ini juga mengaplikasikan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Etiqa Takaful Berhad bagi mewakili pihak Peserta untuk membuat pelaburan dan menguruskan DRP (Tabarru') dan DPP. Bakinya akan diserapkan ke DRP dan DPP.

Nota Penting
Jika Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam tempoh setahun dari Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil, tanggungan kami adalah terhad kepada pembayaran balik sumbangan yang telah dibuat atau 60% bayaran daripada Jumlah Dilindungi jika perbuatan membunuh diri dilakukan semasa waras, setahun selepas Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil.
Peserta akan diberi tempoh ihsan selama tiga puluh satu (31) hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat dan jika sumbangan belum dibayar pada akhir tempoh ihsan. sijil akan dilanjutkan di bawah kemudahan sumbangan automatik (ACF-Automatic Contribution Facility). Sijil akan berakhir jika jumlah dalam Akaun Peserta tidak mencukupi untuk membayar sumbangan tahunan.
Sijil ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai peribadi yang bergantung kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Anda perlu memahami pelan ini dengan sepenuhnya untuk memastikan keperluan anda dapat dipenuhi dengan sebaiknya dan sumbangan yang dibayar di bawah Sijil ini adalah berdasarkan kemampuan anda.
Apabila Sijil ditamatkan, matang atau tamat tempoh, semua manfaat di bawah pelan ini akan luput. Jika anda menamatkan Sijil pada tahun-tahun awal, anda mungkin akan mendapat kembali amaun yang kurang daripada jumlah yang telah anda sumbangkan.
Anda boleh menilai kesesuaian pelan ini dan boleh membatalkan penyertaan anda dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh akhir penghantaran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan)
Manfaat dan/atau pulangan dari pelaburan di bawah pelan ini akan berdasarkan pada prestasi dana yang sebenar dan tidak dijamin. Risiko dana akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta dan segala manfaat yang diterima mungkin kurang daripada jumlah keseluruhan sumbangan yang dibuat dalam Dana Pelaburan Peserta.
Sila pastikan anda merujuk kepada Illustrasi jualan yang berkaitan dengan Sijil yang disediakan kepada anda oleh Etiqa Takaful Berhad.
Risalah ini bertujuan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai kontrak atau jemputan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.
 SUMBER ETIQA TAKAFUL MAYBANK GROUP

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse