Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 14 Oktober 2013

ANDA BERMINAT UNTUK MENTERNAK KAMBING?KETAHUI RAHSIA DAN TEKNIK MENTERNAK KAMBING DI SINI

"Berminat Untuk Menternak Kambing?"

Ketahui langkah demi langkah, bagaimana anda boleh memulakan penternakan kambing dengan mudah dan menjadi seorang penternak yang berjaya. 

 

Sejak kebelakangan ini, seringkali kita terbaca tentang kisah-kisah kejayaan petani dan juga penternak yang mampu menjana pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan hasil daripada tanaman dan juga ternakan yang mereka usahakan.
penternak kambing yang berjaya
Satu demi satu kisah kejayaan usahawan-usahawan tani ini dipaparkan, sama ada di akhbar mahupun TV. Kisah-kisah ini amat mengujakan, kerana ramai  amat meminati bidang pertanian dan penternakan. Sememangnya, sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menceburkan diri di dalam bidang pertanian dan juga penternakan ini. Tetapi, disebabkan saya bekerja makan gaji.. maka niat tersebut terpaksa dipendamkan.

Hasrat Terbantut..

Ditambah lagi dengan kekurangan sumber maklumat tentang bagaimana hendak memulakan serta menceburkan diri di dalam projek pertanian & penternakan ini. Menyebabkan, hasrat saya untuk bergelar seorang usahawan tani yang berjaya terbenam.
Sehinggalah pada suatu hari, sewaktu saya pulang ke kampung di Melaka, saya telah terserenpak dengan seorang pakcik yang menetap di kampung saya. Saya gelarkan dia pakcik H, sejak dulu lagi, saya memang tahu pakcik H ini ada menternak kambing.. tapi pada waktu itu, saya tidak ambil peduli sangat.. maklumlah.. orang kampung bela kambing... biasalah kan?
Dulu, pakcik H ini membela 5 ekor kambing.. kini, setelah 7 tahun berlalu, bilangan kambingnya telah mencecah 1000 ekor. Pergh!! Saya memang betul-betul tidak sangka.. pakcik H yang dulu saya pandang hanyalah seorang "pakcik kampung yang biasa-biasa".. kini telah bertukar menjadi seorang penternak kambing yang sangat berjaya!. Perkara ini telah membuka minda dan fikiran saya untuk melihat bidang penternakan kambing ini dengan lebih luas & positif. Saya mula mendekati pakcik H dan mula mempelajari serba sedikit mengenai selok belok penternakan kambing. Alhamdulilah.. pakcik H tidak kedekut ilmu dan sudi berkongsi pengalaman beliau di dalam usaha menternak kambing.
Saya sangat gembira dan bersyukur mengenali beliau, banyak perkara saya belajar dari beliau dan kini, saya menganggap beliau sebagai salah seorang mentor saya di dalam bidang penternakan kambing.
Selepas beberapa pertemuan dengan pakcik H, saya mula mempertimbangkan dengan serius tentang hasrat saya yang ingin menjadi seorang usahawan tani yang berjaya sejak dulu lagi. Untuk itu, saya mula mengiatkan usaha saya mencari lebih banyak info serta ilmu tentang penternakan kambing ini dengan membaca buku , menyertai kursus dan seminar penternakan kambing anjuran badan-badan kerajaan dan juga swasta.

Memulakan Langkah..

Setelah beberapa bulan mentelaah ilmu penternakan kambing, saya pun memulakan langkah pertama saya di dalam bidang penternakan kambing dengan bermodalkan RM7,000 hasil daripada wang simpanan saya. Dengan modal tersebut, saya mula membina kandang kambing dan juga membeli 5 ekor kambing betina dan seekor kambing jantan jamnapari..
Alhamdulilah... berbekalkan ilmu yang saya perolehi dari buku, seminar serta tunjuk ajar dari pakcik H. Saya tidak banyak menghadapi masalah di dalam mengusahakan projek penternakan kambing ini. Dalam masa 4 bulan.. dari 6 ekor kambing, ternakan saya telah bertambah menjadi 10 ekor. Kini, setelah hampir setahun mengusahakan penternakan kambing, bilangan ternakan saya sudah mencapai jumlah 20 ekor.
Jika hendak diukurkan tahap kejayaan saya.. sememangnya.. perjalanan saya masih jauh. Tapi saya sangat optimis dan percaya , berbekalkan usaha yang gigih serta ilmu yang betul.. kita pasti akan BERJAYA!
Melihatkan hasil ternakan kambing saya... membuatkan saya terfikir. Sudah pastinya, ada ramai lagi insan diluar sana yang mengalami nasib yang hampir sama dengan saya. Mereka minat untuk menceburkan diri di dalam bidang penternakan... tetapi malang , tidak mempunyai mentor serta tidak mempunyai sumber maklumat yang mencukupi menyebabkan , niat mereka untuk memulakan penternakan kambing terbantut. Mungkin anda adalah salah seorang daripada mereka?
Untuk itu, saya telah mengambil inisiatif, dengan berusaha, mengumpulkan semula maklumat-maklumat yang pernah saya perolehi dulu dan menghimpunkannya, dan akhirnya, jadilah ia sebuah panduan yang lengkap tentang.. “Bagaimana memulakan penternakan kambing”.
Semua maklumat yang saya perolehi dari buku-buku, artikel-artikel, seminar-seminar dan juga serba sedikit dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman-pengalaman daripada penternak lain.. kesemuanya telah saya himpunkan dan susunkan ia hingga menjadi sebuah ebook panduan yang lengkap yang saya namakan...

"RAHSIA KAMBING" , Panduan Lengkap Memulakan Penternakan Kambing.

Di dalam ebook ini saya akan menunjukkan kepada anda tentang
  • Bagaimana mencari sumber modal bagi projek penternakan anda

  • Tips pemilihan baka kambing untuk memulakan projek penternakan anda

  • Bagaimana membina kandang dengan kos yang rendah

  • Bagaimana menyediakan bekalan makanan yang mencukupi dengan kos yang rendah untuk ternakan anda

  • Bagaimana memerah susu kambing dengan betul

  • Bagaimana menyambut kelahiran kambing

  • Gejala-gejala atau penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kambing dan bagaimana cara merawatnya, serta

  • Bagaimana memasarkan ternakan kambing anda
klik disini untuk mendapatkan ebook rahsia kambing

Harga dan Nilai Sebuah Pengajaran!

Ebook ini bukan sahaja mengandungi maklumat-maklumat berkaitan penternakan kambing, tetapi ia juga mengandungi pengalaman-pengalaman berharga daripada penternak-penternak kambing yang lain yang sudah Berjaya. Oleh itu, sudah semestinya, info dan maklumat di dalam ebook ini amat bernilai.. untuk itu berapakah harga yang anda rasa.. patut saya letakkan pada ebook ini?
Pernah dulu, seorang pemuda yang berminat untuk menceburi bidang penternakan kambing, telah mengambil langkah terburu-buru dengan membina sebuah kandang kambing yang sangat cantik dan lengkap. Kos pembinaan kandang tersebut, mencecah RM6,000. Setelah sebulan kandang kambing tersebut siap dibina... pemuda tersebut masih belum memulakan penternakan kambingnya. Setelah 2 bulan... masih lagi tiada kelihatan seekor kambing pun di dalam kanding tersebut.. masuk bulan ketiga... tetap juga sama.. sehelai janggut kambing pun tidak kelihatan. Apabila ditanya kepada beliau.. mengapakah tiada lagi kambing yang dimasukkan ke dalam kandang tersebut walaupun sudah 3 bulan kandang tersebut siap dibina.. beliau dengan nada sedikit menyesal berkata.. "Kesemua duit aku sudah habis digunakan untuk buat kandang tu! Sekarang.. nak beli baka kambing pun aku dah takde duit!".
Itu adalah merupakan suatu pengajaran.. buat pemuda tersebut dan juga buat mereka yang lain.. yang ingin memulakan projek penternakan kambing. Pemuda tersebut, telah menghabiskan wang sebanyak RM RM6,000.... semata-mata untuk mempelajari.. "Untuk memulakan sesuatu, kita perlulah mempunyai ilmu serta perancangan yang teliti"..
Jadi.. bagaimanakah dengan anda? Berapa "RM"kah yang sanggup anda keluarkan untuk mendapatkan suatu pengajaran? RM20,000 ? RM10,000? RM1,000? atau RM500?...
Di dalam ebook Rahsia Kambing ini, terdapat banyak ilmu, pengalaman dan pengajaran.. ilmu-ilmu yang terdapat di dalamnya mampu mengelakkan anda daripada kerugian beribu-ribu ringgit, malah dapat membantu melancarkan usaha anda untuk memulakan penternakan kambing.
Belajar dari pengalaman orang lain itu adalah lebih mudah, murah dan menjimatkan masa... untuk itu, harga yang saya tawarkan kepada anda untuk anda mempelajari semua ilmu, pengalaman dan pengajaran yang terkandung di dalam ebook ini, hanyalah RM 47. Ya! Hanya RM47 sahaja.
Ianya teramat murah jika ingin dibandingkan dengan kos yang mungkin anda terpaksa tanggung semata-mata untuk mempelajari satu ilmu & pengajaran berlandasakan pengalaman sendiri ... usahlah mengulangi kesilapan pemuda malang tersebut. 

Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?

Untuk memuaskan hati anda, saya akan tunjukkan "Isi Kandungan" ebook ini kepada anda beserta penerangan ringkas mengenai apa yang akan anda pelajari.

ISI KANDUNGAN

1. Kenapa Kambing?
Menceritakan tentang 6 kelebihan penternakan kambing serta memberikan anda tempat-tempat sumber rujukan untuk anda memulakan pernternakan kambing.
2. Modal & Sumber Kewangan
Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.
3. Kandang Kambing
Menerangkan dengan terperinci 10 perkara yang penting tentang kandang siap beserta gambarajah. Serta beberapa tips bagaimana anda boleh berjimat di dalam membina kandang.
4. Makanan Kambing
Kepentingan makanan untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G (bukan talian 3G yer!) . Menceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan makanan kambing. Penrengan secara bergambar langkah-demi-langkah penanaman rumput untuk kambing serta tips ringkas untuk menjimatkan kos makanan.
5. Baka Kambing
Menceritakan tentang 5 jenis baka kambing yang boleh anda pilih disamping menerangkan dengan terperinci tentang kaedah-kaedah yang digunakan untuk memilih kambing yang ingin dijadikan baka.
6. Pembiakan Kambing
Penerangan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.
7. Masalah Kambing
Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.
8. Teknik Memerah Susu
Penerangan secara bergambar bagaimana memerah susu kambing dengan betul. Seronok & puas beb dapat perah susu kambing nie!
9. Pengurusan Kambing
Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing.
10.Pemasaran
Menyenaraikan 8 kaedah dan saluran yang boleh anda gunakan di dalam memasarkan hasil penternakan kambing anda.
klik disini untuk mendapatkan ebook rahsia kambing

 

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse