Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 12 Januari 2013

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DARIPADA PERSPEKTIF SMART GENERATION!

Hari ini 12 januari 2013 penulis Smart Generation telah turun bersama-sama rakyat untuk menjayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 di stadium merdeka.Ratusan ribu rakyat telah turun memenuhi Stadium Merdeka untuk melakar sejarah baru dalam menjayakan demokrasi di Malaysia tercinta ini.Alhamdullilah kerana himpunan kali ini bukan saja melakar sejarah tetapi turut berada di dalam keadaan aman dan terkawal tanpa kehadiran anggota polis yang ramai dan pasukan FRU.

penulis melihat himpunan kali ini sebagai satu manifestasi baru rakyat dalam menyuarakan bantahan mereka secara terbuka kepada kerajaan dengan pelbagai isu rakyat yang masih belum diselesaikan secara menyeluruh.Tidak dinafikan bahawa apabila rakyat telah turun dan mengadakan demontrasi di jalanan menyebabkan kerajaan terpaksa menyelesaikan segera segala isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

Himpunan kali ini membariskan semua NGO yang telah mengadakan demontrasi besar-besaran di negara ini seperti BERSIH,JERIT,ROYALTi,LYNAS,ANAK dan pelbagai lagi NGO yang terlibat.kehadiran rakyat ke stadium merdeka telah menunjukkan bahawa rakyat mahu kerajaan sekarang  ini lebih prihatin kepada nasib rakyat!

Telah terbukti himpunan sebegini akan berjalan secara aman jika mendapat kerjasama yang baik daripada seluruh pihak.Anggota polis yang hadir mengawal keadaan memberikan signal yang jelas kepada rakyat bahawa polis memang bertugas untuk mengawal keamanan.rakyat kini telah bersuara dan kini giliran kerajaan pula untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat!

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse