Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 1 Januari 2013

2013

2013 kini telah tiba
Selamat tahun baru ku ucapkan kepada semua..
Semua orang pasti berazam untuk menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya
Semua impian dan azam kita adalah satu langkah kearah kejayaan kita
Memasang impian dan azam bukanlah sesuatu yang mudah
Ia tidak boleh dipasang dengan khayalan semata-mata
Tetapi haruslah diselami dengan jiwa dan nurani kita untuk merealisasikan azam tersebut.

2013 bermula kehidupan baru
Setiap  tahun tahun yang berlalu pasti adalah kehidupan bagi kita
Namun sejauh mana kita mencorakkan kehidupan baru tersebut.
Saban tahun kita mengharapkan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya
Tetapi adakah kita belajar daripada kehidupan lalu untuk kita terus menuju kehidupan yang seterusnya....

2013 adalah cabaran baru
Cabaran yang bakal kita akan hadapi bukan sahaja untuk diri kita
Tetapi cabaran dalam era kemodenan teknologi yang pasti menjadi tunjang utama
Bagi membentuk dan menguji kebolehan diri ini.
Sejauh mana cabaran tahun ini dapat kita tempuhi dan sejauh mana kita berjaya mencabar diri kita

2013 akan berlalu meninggalkan kita pada tahun hadapan
Adakah senario perubahan tahun ini dapat mematangkan diri kita dan menjamin kehidupan kita
Atau kita tetap lalai dan leka dalam menempuhi setiap tahun baru.
Apapun yang bakal berlaku pada tahun tahun mendatang..
Sejarah sebelumnya adalah titik permulaan bagi diri kita untuk belajar daripada apa yang telah kita lalui ke arah yang lebih baik....

SMART GENERATION 2013.....

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse