Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 1 Mac 2012

SEMBOYAN PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYA 2012 TELAH BERGEMA!

 





 
 
 Salam kepada Seluruh Mahasiswa Universiti Malaya

Nampaknya kehangatan dan debaran Pilihan Raya Kampus semakin di rasai
Penulis mendapat Khabar bahawa Taklimat mengenai Pilihan Raya Kampus 2012 telah dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal pelajar baru-baru ini....
Memang terdapat beberapa kejutan mengenai Sistem Pilihan Raya Kampus UM 2012 yang akan datang ini....Pointer untuk Calon telah turun...CGPA 2.5 sudah layak untuk menjadi Calon...Bagi Penulis perkara ini memberikan sedikit Kelebihan kepada Kedua-dua pihak iaitu PENGGERAK MAHASISWA DAN PRO MAHASISWA...
sistem Zon juga diperkenalkan kepada Mahasiswa yang bertanding...Namun sistem E-VOTING,E-CALON DAN E-BANTAH akan diteruskan yang menjadi pertikaian hebat oleh pihak Pro Mahasiswa UM yang katanya tidak telus...Tapi dengan sistem ini jugalah mereka Menang Besar dalam Pilihan Raya Kampus tahun Lepas...
Apa pun Penulis Smart Generation menyeru seluruh Mahasiswa Universiti Malaya terutama adik-adik tahun pertama untuk memeriahkan suasana Pilihan Raya Kampus ini dan rasailah pengalaman dan belajarlah sesuatu dalam sistem Demokrasi di Kampus ini...
Tidak kira anda berada di Pihak yang mana PENGGERAK MAHASISWA atau PRO MAHASISWA...teruskan membawa obor dan api perjuangan Mahasiswa secara keseluruhan...
Janganlah menjadikan Pilihan Raya Kampus ini sebagai medan permusuhan dan perbalahan namun jadikanlah Pilihan Raya Kampus ini sebagai Medan perjuangan menegakkan kebenaran dan memperkasakan keintelektualan...
BEBASKAN PILIHAN RAYA KAMPUS UM DARIPADA ANASIR POLITIK LUAR..TERUS BERJUANG DAN BERDIRI DI ATAS NAMA MAHASISWA...
NAMUN...PILIHAN RAYA KAMPUS PADA KALI INI JUGA BAKAL MENENTUKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-13

Pilihan raya kampus :

Semalam, Isnin (27 Feb 2012) diberitakan telah diadakan satu taklimat daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya berkenaan Pilihan Raya Kampus UM. Berikut maklumat yang dinyatakan dalam taklimat berkenaan :

1) Pointer CPGA kelayakan seseorang calon yang bertanding dalam PRK UM dalam pemilihan MPMUM sesi 2011/2012 mestilah atas daripada 2.5 berbanding 3.0 dalam PRK sebelum ini. Menurut HEP, penurunan syarat pointer berkenaan adalah untuk membolehkan mahasiswa UM bebas berpolitik.
...

2) Penetapan sistem zon dalam pengundian. Menurut HEP, seluruh fakulti di UM akan dipecahkan kepada 4 zon dan digabungkan. Namun, untuk mengundi, mahasiswa UM hanya dibenarkan memilih dua calon umum sahaja mengikut zon masing-masing dan dua calon fakulti berbanding 9 calon umum dan dua fakulti sebelum ini.

3) Tarikh pilihan raya kampus UM belum diumumkan. Menurut HEP UM, dijangka akan berlangsung minggu ketiga Mac atau selewatnya awal April 2012.

4) Kursus calon tidak akan diteruskan pada sesi pemilihan MPMUM kali ini.

5) HEP memutuskan akan meneruskan penggunaan sistem E-Calon, E-Voting dan E-Bantah.
 
 "Berikut adalah tarikh terkini Proses Pilihan Raya Kampus (PRK) Pemilihan Barisan Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar IPTA/S di Malaysia

Universiti Malaya (UM) : 25 September 2012

Universiti Putra Malaysia (UPM) : 25 September 2012

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) : 25 September 2012

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) : 25 September 2012

Universiti Teknologi Mara (UiTM) : 20 September 2012

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) : 20 September 2012

Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) : 20 September 2012

Universiti Malaysia Pahang (UMP) : 25 September 2012

Universiti Malaysia Sabah (UMS) : 25 September 2012

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) : 25 September 2012

Universiti Utara Malaysia (UUM) : 25 September 201

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) : 25 September 2012

Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) : 20 September 2012

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) : 25 September 2012

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) : 25 September 2012

Universiti Selangor (UniSEL) : 25 September 2012

Universiti Tenaga Nasional (Uniten) : 25 September 2012

Universiti Sains Malaysia (USM) : 25 September 2012

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) : 25 September 2012

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) : 20 September 2012

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) : 25 September 2012

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) : 27 September 2012

Universiti Teknologi Petronas (UTP) : 25 September 2012

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) :25 September 2012

Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak) : 25 September 2012

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse