Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 17 Januari 2011

SUPER BULL RUN akan berulang kembali.....?????

Salam kepada semua...




Super Bull Run akan berulang....????


Apakah Super Bull Run.....?????


Super Bull Run merupakan lonjakan saham luar biasa di pasaran saham tempatan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1993...


Kenapa Super Bull Run ini berlaku...???


Kerana Kombinasi Projek ETP dan Pemulihan Ekonomi Dunia akan menambah keyakinan kepada pelabur 
Pasaran Saham adalah sistem pemantauan asli yang mengawasi pergerakan ekonomi sesebuah negara,Jika prestasi ekonomi sesebuah negara baik,ia akan di gambarkan oleh Bursa tempatan....
``Super Bull Run `` ini akan di percepatkan dengan perkembangan Ekonomi semasa...


Pengukuhan Ringgit,Kadar Kecairan yang tinggi dan Kadar Faedah yang rendah akan menjadikan Super Bull Run kelihatan lebih menarik...



Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini :-



Pelancaran projek-projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dijangka mewujudkan senario 'Super Bull Run' atau lonjakan saham luar biasa di pasaran saham tempatan seperti yang berlaku pada 1993.


Pengarah Eksekutif Urusniaga Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli berkata, kombinasi projek ETP dan pemulihan ekonomi dunia akan menambah sentimen keyakinan yang lebih tinggi di kalangan pelabur.
''Sebenarnya tanda-tanda awal ini telah pun kita rasai apabila pasaran tempatan terus menyaksikan prestasi yang baik sejak awal tahun ini.''Ini jelas menunjukkan para pelabur asing dan tempatan yakin terhadap prospek pertumbuhan negara,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Nazzary berkata, keadaan yang berlaku sekarang hampir sama pada 1993 ketika Malaysia merancang untuk melaksanakan projek-projek besar.Beliau berkata, meskipun kebanyakan projek hanya dilaksanakan setahun kemudian tetapi impak positif terhadap bursa dapat dirasa lebih awal.''Apa yang berlaku pada 1993, kini dirasai semula dan saya percaya sekiranya ETP berjalan lancar bursa tempatan akan terus kukuh dengan kemasukan dana luar,'' kata beliau lagi.

Beliau berkata, sebenarnya pasaran saham adalah sistem pemantauan asli yang mengawasi pergerakan ekonomi sesebuah negara.Jelasnya, secara prinsipnya apabila sesebuah dalam prestasi baik, prestasi itu akan digambarkan melalui bursa tempatan dan begitu sebaliknya.Mengulas lanjut mengenai prestasi bursa semasa, Nazzary berkata: ''Setakat ini ekonomi negara berada di landasan sebenar''.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr. Nazri Khan dalam laporan Bernama yang dipetik di sini berkata, pemulihan bursa-bursa di Eropah dijangka menjadi pemangkin terbaik pasaran yang sedang pesat membangun seperti Malaysia untuk berada dalam aliran menaik.Katanya, perkembangan yang berlaku di luar negara akan mengekalkan minat untuk mendepani risiko yang lebih tinggi.

Pasaran saham tempatan akan mendapat rangsangan daripada pelaburan projek minyak bernilai RM20 bilion yang diumum minggu lepas dimana ia mengejutkan kebanyakan para penganalisis.Sementara itu, Presiden Persatuan Pelabur Malaysia, Datuk Dr. PHS Lim ketika dihubungi berkata, perkembangan ekonomi semasa dijangka mempercepatkan situasi 'Super Bull Run' dalam pasaran tempatan.

Menurut beliau, dengan pengukuhan ringgit, kecairan yang tinggi dan kadar faedah yang rendah menjadi situasi 'Super Bull Run' lebih menarik.Jelasnya, institusi perbankan dan kewangan negara kini memiliki kecairan sekitar RM250 bilion, menjadikan sektor perniagaan semakin mudah dan selesa.''Di tambah pula dengan kenaikan harga komoditi yang luar biasa menyebabkan ia memberi bonus kepada ekonomi,'' ujarnya.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse