Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 11 Januari 2011

PILIHAN RAYA NEGERI PAKATAN RAKYAT TIDAK AKAN IKUT PUSAT...??????



salam kepada semua...


BILAKAH PILIHAN RAYA UMUM KE-13 AKAN DIADAKAN....????
MASIH MENJADI TANDA TANYA SEMUA ORANG TERUTAMA PIMPINAN POLITIK....



YANG TAHU HANYALAH PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK......



ADAKAH TAHUN INI...ATAU TAHUN DEPAN..MASIH MENJADI TANDA TANYA......




ADAKAH PIHAN RAYA UMUM SECARA MENGEJUT.....KITA MASIH TIDAK TAHU.....



NAMUN,HARI INI NEGERI KEDAH HARI INI MEMBAYANGKAN BAHAWA TIDAK AKAN MENGIKUT PILIHAN RAYA UMUM YANG DITETAPKAN OLEH PUSAT.....



BEGITU JUGA DENGAN NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT YANG LAIN,IAITU NEGERI-NEGERI YANG DIKUASAI PAKATAN RAKYAT..MEREKA MAHU MEMERINTAH GENAP LIMA TAHUN BAGI MEMASTIKAN SEGALA MANIFESTO MEREKA TERLAKSANA......



Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini..:-


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak membayangkan negeri itu tidak semestinya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya umum peringkat pusat, lapor Harakahdaily.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Menurut Azizan, pembubaran DUN Kedah bergantung kepada keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersepakat untuk memutuskan sendiri tarikh pilihan raya bagi negeri-negeri yang diterajui mereka.

Ketika ini, Pakatan memerintah di empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Bagi kerusi DUN, kehendak kerajaan BN (menentukan tarikh pilihan raya umum) tidak semestinya menjadi ikutan (negeri)," katanya.

Bagaimanapun kata Azizan dalam kontek kerusi parlimen, PAS akan menyertainya tidak kira waktu bila pilihan raya itu akan diumumkan oleh kerajaan pusat.Tidak beri ruang

"Kita tidak akan beri ruang sedikit pun kepada BN walaupun pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat. Tapi bagi negeri yang kita kuasai, ia bergantung kepada Majlis Pimpinan Pakatan untuk memutuskan bila DUN akan dibubarkan," katanya yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah.

azlanPembubaran DUN walaupun lazimnya dilakukan selepas pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan serentak. Menteri besar mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya negeri dengan mendapat perkenan Sultan atau ketua negeri.

Sebelum ini, kerajaan Selangor turut menegaskan untuk tidak membubarkan DUN sekiranya kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tergempar atau dalam masa terdekat.

Keputusan yang diambil hasil perbincangan pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri itu antaranya mengemukakan alasan mahu menggunakan mandat lima tahun sepenuhnya bagi melaksanakan janji-janji kepada rakyat tanpa terikat dengan rentak BN.

Mengulas lanjut tentang tarikh pilihan raya umum yang sentiasa menjadi teka-teki di negara ini, Azizan menasihatkan pimpinan kerajaan BN supaya tidak lagi mengamalkan sikap demikian.

NONEKata beliau, rakyat hari ini tidak boleh diperbodohkan sepertimana yang dilakukan sebelum ini kerana sebahagian besar rakyat sudah celik politik malah menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Selain itu kata beliau, teka-teki tarikh pilihan raya yang menjadi permainan BN langsung tidak menggusarkan Pakatan Rakyat, sebaliknya BN yang takut untuk mengumumkan tarikh berkenaan sekiranya mereka merasa sukar untuk mendapat kemenangan.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse