Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 7 Januari 2011

PERDANA MENTERI ATAU PRESIDEN PERKASA....MANA KITA MAHU SOKONG??????


salam kepada semua...


PERDANA MENTERI MALAYSIA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK HARI INI MENGUMUMKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MENYIASAT KEMATIAN PEMBANTU POLITIK,TEOH BENG HOCK...
KENAPA BARU SEKARANG NAK TUBUHKAN SURUHANJAYA DI RAJA...KENAPA TIDAK SEBELUM INI.....????



KEPUTUSAN INKUES SEBELUM INI MELAPORKAN BAHAWA KEMATIAN TEOH BENG HOCK..BUKAN KERANA BUNUH DIRI ATAU DI BUNUH...


HABIS ITU...KENAPA..???  TAK KAN TIBA-TIBA...


IBRAHIM ALI..PRESIDEN PERKASA MENOLAK PENUBUHAN SURUHANJAYA DI RAJA ITU...



TUBUH SURUHANJAYA MEMERLUKAN KOS..TUBUH INKUES MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT...!!!!!!!


OH..BEGITU RUPANYA....HABIS...MAHU ATAU TIDAK MENEGAKKAN KEBENARAN..????




SIAPA YANG BERSALAH.....MESTI PEMBUNUH ITU SEDANG DI HANTUI KAN...ITUPUN KALAU BENAR-BENAR DI BUNUH...KALAU TIDAK...KITA HANYA BERGADUH MENGENAI KES INI YANG TIDAK TAHU BILA AKAN SELESAI-SELESAI.........



Berikut merupakan kenyataan mengenai perkara ini:-



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak kerajaan persekutuan tidak meneruskan cadangan menubuhkan suruhanjaya diraja berhubung kes kematian Teoh Beng Hock.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu tidak perlu memandangkan penghakiman terbuka dalam inkues sebelum ini memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh.

NONE
"Ia (keputusan) mahkamah terbuka. Jadi maksudnya, kita serah kepada polis untuk disiasat (punca kematian).

"Kalau ada yang bersalah, dia boleh didakwa. Kenapa hendak sibuk dengan suruhanjaya.

"Jadi, ia tidak menghormati keputusan inkues, keputusan mahkamah," kata Ibrahim.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi PERKASA di ibu negara petang ini, Ibrahim secara sinis berkata pihaknya terperanjat "atas keterbukaan dan baiknya kerajaan" menubuhkan suruhanjaya itu.

Anggota parlimen Pasir Mas itu juga berkata inkues sebelum ini telah berjalan dengan telus.

Ibrahim juga berpendapat, suruhanjaya diraja tidak diperlukan sekiranya keputusannya nanti sama seperti hasil daripada inkues.

"Tubuh suruhanjaya memerlukan kos, tubuh inkues menggunakan duit rakyat. Saya pembayar cukai," katanya.-Malaysiakini


KENYATAAN PERDANA MENTERI MENGENAI PENUBUHAN SURUHANJAYA DI RAJA INI:-



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock.Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya Diraja tersebut akan diwujudkan dengan terma-terma khusus yang akan ditetapkan dan pihak kerajaan akan melantik ahli-ahli suruhanjaya yang terdiri daripada orang-orang yang terbilang dan dihormati.

"Suruhanjaya ini akan diwujudkan selama tempoh masa tiga bulan selepas satu tauliah perlantikan Pesuruhjaya dikelaurkan oleh Yang DiPertuan Agung di bawah seksyen 2 Akta 119 dan boleh dilanjutkan untuk tempoh masa sepertima yang dibenarkan di bawah seksyen 5 Akta 119," katanya.Pelantikan dijangka akan dibuat selepas mesyuarat Kabinet Rabu depan, kata Najib pada sidang media di sini.

Kelmarin Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan kematian pembantu politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun dibunuh.Sehubungan itu, banyak pihak mendesak penubuhan surahanjaya diraja bagi menyelesaikan kes berkenaan.Bagaimanapun Najib berkata penubuhan suruhanjaya berkenaan bukan berdasarkan tekanan daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik dan beliau berharap agar melalui penubuhannya akan dapat menyelesaikan kes tersebut.

"Bagaimana pula dikatakan terdapat tekanan politik. Anda rujuk kepada kenyataan saya pada 17 Julai 2009. Saya sudah nyatakan mengenai hasrat kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja ini."Saya berharap kegusaran keluarga berkenaan...kami bersimpati dengan keadaan mereka. Kami faham apa yang telah mereka lalui. Kami berharap mereka akan benarkan proses ini dijalankan dan berharap kami akan dapat mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku," katanya.

Selain itu Perdana Menteri menambah bahawa Peguam Negara akan memfailkan satu permohonan semakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menyemak keputusan Majistret tersebut."Kita semua perlu sedar mengenai undang-undang di negara ini. Kita tidak harus terbawa-bawa dengan emosi kita. Apa yang penting ialah untuk kita ketahui kebenarannya. Kerajaan mahu tahu kebenarannya. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari kebenarannya...apa sebenarnya berlaku," katanya.

Selain itu Najib berkata beliau sedia berjumpa dengan keluarga Teoh.Teoh, 30, yang merupakan pembantu politik Exco Kerajaan Negeri Selangor ditemui mati pada 16 Julai 2009, di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.










Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse