Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 11 Januari 2011

MENJAWAB TUDUHAN FITNAH OLEH PRO-MAHASISWA KEPADA SPKUM



1.Hari ini Pihak Pro Mahasiswa telah meminta penjelasan saya selaku Presiden Kolej-Kolej Kediaman Univerisiti Malaya(SPKUM) atas gelaran ``PENCEROBOH`` yang dilabelkan kepada Pro-Mahasiswa UM ketika mereka menjalankan program Ziarah Mesra di Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya.Saya telah menjawab isu ini dalam Artikel saya kepada Pihak Pro -Mahasiswa di sini...http://asriblog.blogspot.com/2011/01/buat-seluruh-rakan-rakan-pro-mahasiswa.html.Oleh sebab itu,saya memohon kepada Pihak Pro-Mahasiswa tidak menfitnah saya menuduh ``pro mahasiswa`` sebagai ‘penceroboh’ dalam ziarah mesra kolej kediaman ke-3 dan ke-9 kerana saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan dan melabelkan Pro-Mahasiswa sebagai penceroboh,malahan saya mendapat tahu berita ini di dalam laman web UM-today sendiri iaitu proksi kepada Pro-Mahasiswa ini yang melaporkan bahawa ``PRO-M digelar penceroboh di kolej kediaman``.boleh lihat sini...http://umtoday.blog.com/2011/01/03/pro-m-digelar-penceroboh-di-kolej-kediaman-ke-3/.Ingin saya nyatakan di sini supaya Pihak Pro-Mahasiswa menarik balik dakwaan kepada saya menggelarkan ``PRO-MAHASISWA`` sebagai ``penceroboh`` di dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam blog Pro-Mahasiswa http://promahasiswaum.com/?p=522


2. Pro-Mahasiswa sebagai satu gerakan yang membawa ISLAM sebagai asas perjuangan utama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbentuk fitnah dan provokasi kerana akan melambangkan kelemahan gerakan islam itu sendiri.Saya juga ingin menyangkal dakwaan mengatakan bahawa saya membantah Pusat Pengundian di Fakulti.Ingin saya jelaskan di sini bahawa saya menyokong sepenuhnnya Cadangan Pihak Pentadbiran untuk menjalankan Pengundian di Fakulti untuk sesi Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa tahun ini,Namun saya memohon supaya Pusat Pengundian dikekalkan di Kolej Kediaman untuk menggalakkan dan meningkatakan Peratusan Mahasiswa keluar mengundi pada sesi Pemilihan MPMUM tahun ini kerana berdasarkan kajian yang telah di buat menunjukkan bahawa Peratusan Keluar mengundi di Fakulti adalah sangat rendah berbanding dengan Kolej Kediaman pada sesi Pemilihan MPMUM yang lepas.


3.Saya juga meminta kepada Pro-Mahasiswa untuk menarik balik kenyataan dan Fitnah Pro-Mahasiswa kepada saya yang menyatakan bahawa saya yang mengarahkan supaya menghalang Pro-Mahasiswa daripada memasuki kolej-kolej kediaman dalam perjumpaan saya bersama dengan semua Presiden-Presiden kolej Kediaman.Saya juga telah menghubungi semua Presiden Kolej-Kolej Kediaman untuk bertindak secara Profesional dalam perkara ini.Semua Kolej Kediaman mempunyai peraturan dan etika yang tertentu yang harus dipatuhi .Tuduhan ke atas saya yang mengarahkan supaya menyekat ziarah mesra Pro-Mahasiswa ini dan menghalang mereka daripada memasuki Kolej Kediaman adalah tidak benar dan satu tuduhan jahat dan provokasi yang telah dilemparkan kepada saya.


4.Sebagai satu gerakan Pelajar yang mahu dihormati dan mendapatkan sokongan daripada masyarakat kampus seharusnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan gerakan Mahasiswa itu sendiri.Tuduhan Fitnah yang dilemparkan kepada saya tanpa sebarang bukti ini adalah benar-benar keterlaluan daripada pihak Pro-Mahasiswa.Sebagai menjaga nama baik satu Gerakan Mahasiswa saya meminta supaya pihak Pro-Mahasiswa menarik balik kenyataan dan tuduhan Fitnah kepada saya....


MOHD ASRI BIN ZULKIFLI
PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA.


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse