Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 31 Oktober 2010

MESYUARAT RAJA-RAJA MELAYU KE-222

salam kepada semua....







Penulis pada hari ini ingin mengucapkan Terima kasih kepada semua Raja-Raja Melayu kerana prihatin dan mengambil berat mengenai hal ehwal semasa yang belaku dalam negara ini.Sememangnya keprihatinan KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA kesemua TUANKU SULTAN di Seluruh Negeri di Malaysia memberikan suatu tiupan semangat kepada rakyat jelata.Sememangnya Raja-Raja Melayu merupakan harapan rakyat di bawah DEMOKRASI BERPELEMBAGAAN.``Raja yang baik disayangi rakyat,Raja yang Zalim di sanggah``.

 Raja- Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar Ahad berhubung mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222, yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Okt lepas.Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

1."Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Oktober 2010 memandang berat mengenai trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.


2. Majlis Raja-Raja juga memandang serius terhadap kewujudan jumlah jenayah yang boleh dikategorikan sebagai jenayah berat, yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman dan imej negara.


3. Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum akan perkembangan semasa serta kebimbangan yang disuarakan oleh individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berhubung dengan perkara-perkara yang menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu.


4. Raja-Raja Melayu bersama Yang Dipertua-Yang Dipertua negeri memahami serta menghargai usaha-usaha Kerajaan Persekutuan untuk menyatupadukan rakyat berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


5. Raja-Raja Melayu menyeru rakyat negara ini untuk memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial, iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

6. Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang telah dipersetujui ini merupakan watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil. Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.


7. Raja-Raja Melayu menyeru setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus bersatu serta bersifat setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara. Setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan negara.


Raja-Raja Melayu berharap setiap rakyat akan terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang ada dan mengelakkan tindak tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara.


Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk penglibatan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara.


8. Raja-Raja Melayu turut menyeru orang Melayu supaya bersatu padu dan tidak bertelingkahan sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam, agar kedudukan orang Melayu tidak terpinggir dan terhakis dalam arus pembangunan negara.


Pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu wajib mencari persamaan, bermuafakat menggunakan hikmah dan kebijaksanaan, melindungi dan membela nasib orang Melayu.


Raja-Raja Melayu menegaskan bahawa keutuhan bangsa Melayu serta nasib orang Melayu tidak akan terpelihara jika pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu lebih cenderung untuk bertelagah dan memilih untuk berselisih faham.


9. Raja-Raja Melayu berdoa agar negara Malaysia yang dikasihi ini sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera. Semoga negara Malaysia terus mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala."



TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN

salam kepada semua...



Penulis mengucapkan TAHNIAH KEPADA PASUKAN THE RED WARRIORS apabila membuktikan mereka layak di gelar Gergasi Malaysia masa kini apabila menjinakkan Sang Rusa 2-1 pada perlawanan akhir PIALA MALAYSIA 2010.Kelantan yang Gah dengan reputasi tanpa bolos dalam 6 perlawanan terakhir terpaksa akur apabila negeri sembilan di hadiahkan sepakan penalti apabila khairul fahmi che mat menjatuhkan S. Kunalan dan Shahurain abu samah berjaya menjaringkan gol untuk negeri sembilan.
Tersentak dengan gol itu, kelantan menggandakan asakan namun tidak menghasilkan sebarang gol sehingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua kelantan tidak menunggu lama untuk memburu gol penyamaan apabila sepakan shahrul talaha berjaya di tanduk masuk oleh hairuddin omar pada minit ke 57″.
Pada minit ke 65″ Badhri Radzi atau Piya muncul wira pasukan The Red Warriors apabila menjaringkan gol kemenangan menewaskan penjaga gol negeri sembilan sani anuar kamsani.Dengan kemenangan ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mengumumkan cuti peristiwa untuk negeri kelantan pada 31 OKTOBER 2010.

PENULIS MERUPAKAN SALAH SEORANG PENYOKONG KELANTAN YANG MAHUKAN KELANTAN MEMENANGI PIALA MALAYSIA.TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN BOLA SEPAK KELANTAN YANG MEMBAWA SEMANGAT THE RED WARRIORS DAN ``GOMO KELATE GOMO. ``

Sabtu, 30 Oktober 2010

PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET KEBANGSAAN:KENANGAN PENULIS


Penulis teringat nostalgia penulis ketika zaman persekolahan dahulu.Ini adalah salah satu pertandingan yang penulis sertai ketika zaman sekolah menengah dahulu.PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET PERINGKAT KEBANGSAAN.Penulis sendiri tidak sangka dapat mewakili sekolah dalam PERTANDINGAN ini.Untuk pengetahuan semua PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET ini kali pertama diperkenalkan di Malaysia adalah pada tahun 2004.Penulis merupakan salah seorang peserta pertama yang menyertai pertandingan ini yang kali pertama diadakan di Malaysia.Sewaktu ini penulis masih lagi di Tingkatan Empat SMK AGAMA PAHANG MUADZAM SHAH.Penulis bersama dengan 2 orang lagi rakan senior yang masing-masing pada ketika itu di Tingkatan lima telah menjadi juara di peringkat sekolah.Selepas itu terus terpilih mewakili Daerah Rompin ke PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI yang diadakan di SMK ABU BAKAR,TEMERLOH,PAHANG.Alhamdullilah pasukan Kami telah menjadi JUARA di PERINGKAT NEGERI PAHANG di bawah bimbingan CIKGU JALIL seorang guru yang sememangnya sangat komited untuk memenangi pertandingan ini dan membawa kami sehingga berjaya di peringkat ini.Setelah itu kami semua telah terpilih ke PERINGKAT KEBANGSAAN yang diadakan di Padang Varsiti Universiti Malaya dan menginap di KOLEJ KEDIAMAN RAJA DR NAZRIN SHAH(KOLEJ KE-12) UM.Tak sangka kan,sekarang penulis menjadi pelajar di Universiti Terkemuka kat Malaysia ni..hehe.Sewaktu di PERINGKAT KEBANGSAAN ini Pasukan kami telah menjadi JOHAN DAN JUARA BAGI KATEGORI REKABENTUK ROKET TERCANTIK PERINGKAT KEBANGSAAN.Penulis dan pasukan berbangga dengan kejayaan ini kerana telah mengharumkan nama Negeri Pahang pada ketika itu dan Sekolah tentunya.Pengalaman ini tidak dapat penulis lupakan sehingga sekarang.Terima Kasih kepada CIKGU JALIL kerana telah mendidik kami sehingga berjaya ke peringkat ini.Terima Kasih cikgu!!!.
p/s:2 orang lagi rakan penulis shah izzat dan fikri..:-)

PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI:DIMANA LETAKNYA NILAI?



Penulis mahu membuat ulasan berkenaan Program Transformasi Ekonomi yang telah diperkenalkan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:

1.Mengurangkan jenayah
2.Membanteras rasuah
3.Mempertingkatkan pencapaian pelajar
4.Mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah
5.Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar
6.Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar

Penulis melihat daripada aspek perancangan Dasar yang di bawa kerajaan ini sesuatu yang amat baik dan diadun dengan begitu rapi sekali agar dapat diterima oleh semua lapisan rakyat.Namun apa yang benar-benar mengelirukan Penulis adalah bagaimana kerajaan mahu melaksanakan dan merealisasikan perkara ini mengikut kaedah yang benar-benar dapat menyakinkan rakyat secara keseluruhannya.Apa yang penulis lihat bahawa dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh kerajaan ini merupakan kaedah yang biasa digunakan dalam organisasi korporat dan harus di ingat bahawa kerajaan bukan entiti korporat.Kalau benar sangkaan penulis,kerajaan perlu tahu bahawa badan korporat mementingkan keuntungan semata-mata.Bukan mereka peduli nasib dan penderitaan orang lain,kerana keuntungan merupakan perkara yang paling utama.Sebab itu penulis tidak hairan apabila kerajaan mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan untuk mendapatkan keuntungan.Kerajaan sudah tidak mempedulikan lagi persoalan nilai dan moral ini.


Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama ,melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan , ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan.Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014."Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburanKawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan. 

Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu akan menjadi nostalgia apabila ia bakal digantikan dengan Pasar Komuniti, mengikut bidang ekonomi utama negara (NKEA) melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan.Tujuan rancangan kerajaan itu adalah menyelaraskan beberapa pasar berkenaan dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif.“Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana. “Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya,; padang permainan,tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor,” petik laporan ETP itu.Projek ini dijangka menyaksikan peniaga terpaksa berbelanja lebih kerana pasar tradisional mereka sekrang ini adalah murah - mereka boleh menyewa satu lot untuk kurang RM10 sehari.Bagi menyusun semula peniaga berkenaan, projek ini memerlukan dana swasta dan pelaburan RM15.5 bilion bagi membantu memperuntukan pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah kepada peniagaan.Inisiatif Pasar Komuniti yang dicadangkan itu dikatakan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM8.8 bilion pendapatan negara kasar setahun dan mewujudkan 141,000 pekerjaan menjelang 2020.Projek yang sama juga akan menyaksikan penjaja yang menjual makanan di gerai-gerai jalanan ditempatkan di pusat makan sehenti yang dinamakan Bazaar Makan di mana pengunjung boleh mencuba dan menikmati masakan Malaysia dan antarabangsa yang terbaik Pusat makan besar premium itu turut akan mempunyai kedai makanan ternama seperti restoran keluarga, restoran perkhidmatan segera, kafe, bar dan restoran mewah.Pusat makanan ini juga akan menyediakan daya tarikan seperti taman pancaindera, permainan dan gelanggang acara dan taman permainan, dan kedai runcit kecil seperti kedai serbaneka dan surat khabar.Setiap Bazaar Makan yang didirikan akan bersaiz lebih kurang 9,000 meter persegi, dengan kapasiti tempat duduk sekitar 3,500  orang.Sejumlah 10 Bazaar Makan akan dibina dalam tempoh 10 tahun akan datang di bandar-bandar utama di Malaysia dan usahasama ini akan diuruskan secara persendirian dan oleh Wesria Food Sdn Bhd.Projek ini melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM270 juta, di mana hampir 90 peratus daripadanya dicadangkan dari sektor swasta.Kerajaan berharap Bazaar makan ini mampu akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM230 juta pendatan dalam negara kasar setahun dan mewujudkan 4,200 pekerjaan baru menjelang 2020.

Penulis melihat bahawa salah satu rancangan kerajaan bagi menjayakan Program Transformasi Ekonomi ini telah menyebabkan rakyat semakin meragui kerajaan sekarang ini.Kewujudan Hab hiburan secara besar-besaran bagi memastikan peningkatan ekonomi dalam bidang pelancongan seolah-olah menjadikan Malaysia seperti LAS VEGAS kecil.Memang perlaksanaan itu akan menguntungkan kerajaan,malahan berkali-kali ganda lagi keuntungan itu.Tetapi penulis mahu mempersoalkan kepada kerajaan,Apakah maknanya keuntungan itu apabila kerajaan seolah-olah lupa mengahncurkan nilai dan budaya dalam masyarakat kita terutama golongan muda.Sekarang inipun persoalan moral remaja semakin berleluasa dan kerajaan sudah menemui jalan buntu,tetapi ditambah lagi dengan beban untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan.Kerajaan mahu mewujudkan pekerjaan baru,dan pekerjaan baru untuk golongan remaja ini menjadi pelayan di bar-bar.Adakah ini maksud sebenar kerajaan?

Masih belum terlambat bagi kerajaan menilai perkara ini.Kerajaan harus ingat.Tempoh berkuasa hanya 5 tahun sahaja dan selepas itu rakyat yang akan tentukan.Rakyat mempunyai kelebihan dalam demokrasi.Segalah hak dan tuntutan rakyat bukan perkara yang boleh diremeh-remehkan.Rakyat Malaysia bukan lagi golongan bodoh dan tidak berakal dan mudah di tipu.Tetapi rakyat Malaysia sekarang ini sudah tahu menilai yang mana baik dan yang mana buruk bagi mereka.Semoga kerajaan sedar akan perkara ini dan menilai kembali proses untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan.

PENULIS:MOHD ASRI ZULKIFLI,PELAJAR TAHUN AKHIR UNIVERSITI MALAYA.

Jumaat, 29 Oktober 2010

GOLONGAN MUDA BUTA SEJARAH


Penulis terkejut dengan satu kajian yang telah dijalankan oleh  Unit Khas Utusan Malaysia menunjukkan ramai dikalangan Golongan Muda buta sejarah.Perkara ini perlu dipandang serisu oleh pihak kerajaan terutama pada sistem pendidikan kita berkenaan perkara ini.Golongan Muda merupakan pelopor kepada pembangunan negara pada masa depan.Walaupun mereka memiliki potensi dan cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi.Sejarah merupakan asas terpenting bagi golongan ini maju terus kehadapan.Sejarah inilah yang akan memandu mereka terus cemerlang dalam masa hadapan.Wawasan 2020 dan status negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi akan hanya menjadi slogan jika perkara ini tidak ditanggani oleh semua pihak dengan serius.Penulis mengharapkan supaya golongan muda ini tidak terus meminggirkan sejarah negara kerana akan membuatkan mereka lupa asal usul dan mereka akan terus merasa selesa dengan kedudukan dan apa yang mereka ada sekarang tuntas kemakmuran dan keamanan di Negara kita diabaikan oleh mereka.


Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.
Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.
Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.
Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.
Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.
Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.
Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.
Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.
Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.
Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.
Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.
Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:
- Remaja masa kini buta sejarah.
- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.
- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.
- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.
- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.
- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.
- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.

Khamis, 28 Oktober 2010

JANGAN TIRU AKSI 18 SX INI......!!!!!!!!!!


Penulis sengaja buat suspen dengan tajuk tu..hehe...sebenarnya just gambar-gambar kami posing je...jangan marah k...ini semua gambar kami lepas kursus kepimpinan di Hotel Seri Malaysia Bagan Pinang, Selangor .Sebelum balik kami singgah di tepi pantai berhampiran hotel di situ.seronok kami semua bergambar.terlompat-lompat semuanya..hehe...macam-macam aksi boleh dilihat..hehe...gambar-gambar ini sekadar kenangan penulis bersama rakan-rakan pimpinan di Universiti Malaya.
``BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SELAMAT MAJU JAYA DALAM FINAL EXAM TIDAK LAMA LAGI..GOOD LUCK KEPADA SEMUA:-)``

KENANGAN MALAM HARI DI GOLD COAST


Penulis sekadar berkongsi gambar-gambar penulis ketika berkursus di Bagan Lalang selangor.Ini merupakan aktiviti kami di malam hari selepas sesi kursus tamat pada waktu malam.semua dalam gambar ini merupakan Presiden-presiden kolej kediaman di Universiti Malaya.Nakal juga kami semua ni,keluar daripada kem kursus di malam hari dengan memanjat pagar hotel.pengalaman yang tak dapat dilupakan.memang seronok malam ini kami semua melepaskan tension dengan suasana malam yang indah di tepi pantai berdekatan dengan Gold Coast kat selangor.Berjalan mencari tempat makan walaupun semua kedai makan dah tutup dan terjumpa dengan banyak kambing(anjing lah..hehe)...Apapun kami mengharapkan semoga ukhuwah di kalangan kami akan lebih rapat lagi..:-)...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse