Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 14 November 2010

PAS GANTI UMNO:SEJAUH MANA?

Salam kepada semua...





Penulis Smart Generation berminat untuk membuat sedikit ulasan berkaitan program terbaru PAS iaitu Seminar PAS ganti Umno yang diadakan pada 13 november 2010 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Seminar yang  berlangsung sehari di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor itu bertujuan menanamkan keyakinan kepada ahli bahawa PAS sudah bersiap sedia menggantikan Umno pada PRU 13 selain membentangkan agenda bertindak parti bagi mencapai matlamat itu.Seminar itu  dirasmikan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, manakala ucapan penutup disampaikan oleh Timbalannya, NasharudinMat Isa.Dua kertas kerja akan dibentangkan iaitu "PAS Ganti Umno, Rasional dan Tindakan oleh Idris sendiri dan "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu" oleh ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang juga ahli Parlimen Tumpat.Manakala di sebelah petangnya pula  berlangsung forum bertajuk "PAS Ganti Umno:Harapan dan Cabaran" yang menampilkan penganalisis politik, Ghazali Mayudin dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Wadah dan akan dipengerusikan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat. 

PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan."Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita."Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemenagan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di sini hari ini.Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku."Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak."Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh."Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat," tambahnya lagi.Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.

Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus rakyat dan negara dengan baik."Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah."Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya.Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar melakukan perubahan.Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga memerlukan undi orang Umno.


Penulis Smart Generation melihat bahawa terdapat satu keazaman yang begitu kuat dalam setiap diri Ahli-ahli PAS untuk memastikan bahawa mereka menjadi penganti kepada UMNO untuk Pilihan Raya Umum akan datang iaitu dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13.Penulis melihat bahawa jika PAS mahu menggantikan UMNO seharusnya parti ini benar-benar berkemampuan untuk menyakinkan orang melayu untuk mengundi mereka dan bukannya UMNO pada PRU akan datang.Sejauh manakah kesediaan PAS ini untuk menyakinkan orang melayu?.Penulis begitu yakin bahawa Parti ini akan dapat sokongan yang padu daripada orang melayu jika perjuangan mereka benar-benar dihadam oleh seluruh masyarakat melayu di Malaysia.Mereka tidak boleh memilih bulu atau bersikap ekstimis yang akan merugikan parti ini.Orang-orang UMNO boleh menjadi pengundi PAS jika agenda dan perjuangan memartabatkan orang melayu dan islam itu tampak jelas.Penulis melihat bahawa satu isu sahaja berkaitan kegagalan PAS untuk mendapat sokongan majoriti orang melayu adalah kerana Masyarakat tidak begitu pasti agenda perjuangan PAS yang sebenar bagi mempertahankan hak orang melayu dan mereka perlulah menurunkan seluruh kekuatan jentera mereka ke seluruh pelusuk tanah air bagi memastikan setiap rakyat benar-benar faham agenda sebenar perjuangan mereka.Penulis tidak nafikan bahawa kekuatan Jnetera Media UMNO begitu hebat sekali sehingga PAS itu dilabelkan sebgai parti ekstrimis oleh sesetengah masyarakat yang hanya mendapat satu sumber berita sahaja.Kebebasan media yang di sekat ini juga merupakan rintangan dan halangan terbesar PAS untuk menggantikan UMNO kerana jika dapat menguasai MEDIA merupakan satu kemenangan kecil kepada Parti itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata slogan 'Ketuanan Melayu' yang dimainkan Umno dengan menanam persepsi Melayu lemah adalah tidak berasas sama sekali.Buktinya, kata beliau sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 penguasaan kerusi Melayu di parlimen terus meningkat dari 108 kepada 130 kerusi pada PRU 2008."Kita telah tunjukkan dan amat jelas statistiknya bahawa kedudukan politik Melayu dari sudut itu adalah kuat."Maka yang sebenarnya sebab Melayu dilihat lemah ini ialah kerajaan Umno BN yang dibentuk selepas PRU 2008 itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja ‘Umno dan Krisis Ketuanan Melayu’ pada Seminar PAS Ganti Umno,Katanya, yang lemah bukan Melayu tetapi Umno, khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Menurutnya, Umno sengaja mewujudkan persepsi tersebut selepas hilang sokongan Melayu pada PRU ke 12.Ianya ditambah pula dengan beberapa negeri dominan Melayu seperti Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor dikuasai Pakatan Rakyat."Krisis politik Umno hari ini mempunyai dua punca utama iaitu masalah ekonomi orang Melayu dan masalah undi orang Melayu," katanya lagi.Umno, katanya, sedar bahawa dasar baru yang dibuat selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat pada 1990 sehingga kini tidak banyak menaikkan taraf hidup orang Melayu.Mereka juga sedar bahawa dasar-dasar politik mereka juga sudah tidak dapat diterima Orang Melayu.Beliau turut menyenaraikan semula 17 bukti Umno pengkhianatan Melayu yang pernah didedahkannya sebelum ini.Antaranya melemahkan institusi raja Melayu, melemahkan sistem kehakiman, menarik royalti Terengganu dan menyekat royalti Kelantan, memperkenal PPSMI, menarik peruntukan Sekolah Agama Rakyat dan terbaru mahu menggadai tanah Kampung Baru kepada bukan Melayu.Namun segala krisis Umno itu diterbalikkan dan dituding kepada Pakatan Rakyat sebagai yang bersalah dalam 'permainan politik' mereka.Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan PR Selangor dan Perak menjadi mangsa serangan Umno kerana kedua-dua negeri ini mempunyai adun bukan Melayu lebih ramai khususnya dari DAP dan PKR."Ladang ternakan babi di Selangor, walaupun dirancang semasa BN, tetapi digambarkan sebagai projek PR yang dipengaruhi DAP."Di Perak, dasar menukar status tanah TOL kepada tanah miilik kepada masyarakat Cina yang berpuluh tahun mendudukinya, dikaitkan sebagai kekuatan DAP dan kelemahan PAS," katanya.Permainan politik Umno BN juga disifatkannya sebagai berjaya dengan membawa imej sederhana apabila parti-parti pembangkang ditonjol sebagai ekstremis.Rakyat kini, katanya sedang menilai kredibiliti BN dan akan terus menyokong PR jika PAS, PKR dan DAP mampu membuktikan bahawa mereka boleh duduk bersama.

PAS harus menjadi jauh lebih baik daripada Umno dan berlumba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat jika serius ingin menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, PAS  harus bersedia menawarkan perkhidmatan terbaik  dalam semua bidang seperti ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial agar rakyat yakin dengan keupayaan PAS untuk memerintah."Perlumbaan kita dengan Umno ini perlumbaan untuk menawarkan yang terbaik kepada rakyat."Saya tidak menafikan Umno berada dalam keadaan yang boleh dikatakan baik jadi kalau PAS nak ganti Umno,kita mesti jadi lebih baik."Kita mesti jadi baik dalam semua bidang,ekonomi,keadilan dan apa sahaja.Itu jaminan PAS dan Pakatan Rakyat kepada rakyat, kata Nasruddin dalam ucapan penutup seminar "PAS Ganti Umno" di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 

Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok turut berkata, PAS berbeza dengan Umno dalam memperjuangkan Islam iaitu Islam yang ditonjolkan PAS memberi kebaikan kepada semua bangsa.Perkara ini katanya selaras dengan ajaran Al-Quran dan sunnah yang merupakan pegangan parti itu."Al-Quran ada menyebut janganlah kebencian kita kepada sesuatu kaum itu menyebabkan kita tidak berlaku adil. Jadi apa yang saya lontarkan ialah tawaran dan pasaran kita harus masuk ke setiap hati rakyat Malaysia. Kita tak boleh ketepikan individu tertentu hanya kerana dia tidak bersama kita.Beliau turut mengingatkan ahli agar tidak berasa selesa di kalangan ahli sahaja tetapi harus berusaha meluaskan pengaruh."Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli untuk menawan hati setiap kaum. Kita tidak boleh syok sendiri di kalangan ahli kita sahaja."Itulah perbezaan Islam yang kita perjuangkan dengan Islam yang diperjuangkan Umno.Samada muslim,non muslim,Umno ke,tak Umno ke mereka adalah mad'u kita yang perlu didekati," katanya lagi.Selain itu, Nasharuddin berkata, setiap ahli PAS mesti meletakkan diri mereka sebagai "mujaddid" untuk melakukan pembaharuan terhadap pemerintahan negara."Hadis Rasulullah S.A.W ada menyebut, setiap seratus tahun Allah akan menurunkan mujaddid untuk urusan reform kepada agama."Mujaddid bukan sahaja individu, tetapi boleh jadi juga pemikiran,organisasi atau parti politik."Jadi marilah kita mengangkat diri kita sebagai mujaddid untuk melakukan perubahan dan pembaharuan dalam negara," katanya.

Penulis Smart Generation juga melihat seolah-olah ada maksud tersirat dalam Seminar PAS ganti UMNO ini iaitu adakah PAS mahu mengepalai Pakatan Rakyat seperti UMNO yang menjadi ketua dalam Barisan Nasional.Penulis melihat bahawa perkara ini bukan sesuatu yang mustahil kerana keadaan rakan terbesar dalam pakatan rakyat sekarang ini iaitu DAP dan PKR yang masing-masing mempunyai masalah dalaman yang tersendiri.Sekarang ini Parti PKR kelihatan bergolak dengan timbul isu ketidakkepercayaan ahli parti itu sendiri kepada kempimpinan mereka termasuk kemelut yang sedang melanda dalam pemilihan parti mereka.PAS yang juga rakan dalam Pakatan Rakyat sudah tentu tidak mahu permainan politik 2 rakan mereka ini berterusan dan seterusnya mengakibatkan hasrat Pakatan Rakyat untuk menawan ke PUTRAJAYA tidak akan kesampaian.PAS sudah tentu mahukan politik yang benar-benar mendapat keredhaan dan Parti Politik Islam yang universal dan perkara inilah yang perlu mereka buktikan kepada masyarakat atas Slogan Parti yang memperjuangkan agenda dakwah dan islam.Jika PAS sama seperti rakan-rakan mereka dalam pakatan rakyat iaitu PKR dan DAP yang mana isu perebutan jawatan menjadi pertikaian sudah tentu parti ini akan kecundang lebih awal daripada UMNO,tetapi melihat kepada kekuatan mereka sehingga sekarang yang mana isu dalaman parti tidaklah seperti parti-parti lain yang mana isu perebutan jawatan dalam parti menajdi krisis utama,penulis boleh katakan bahawa PAS adalah pasrti yang terbaik dengan pembuktian bahawa tidak ramai di kalangan ahli mereka yang melompat ke parti-parti lain.Semoga hasrat PAS untuk mengantikan UMNO akan terlaksana jika mereka benar-benar komited untuk memperjuangkan hak dan nasib rakyat ini.

sekian.

2 ulasan:

NaeemUMP berkata...

InsyaAllah...naim zain

Tanpa Nama berkata...

wakakaka.....ade hati nk tawan UMNo...blah la weii..ingat senag ke jaga negara,,,,dgn tak ade pengalaman....aku tak ckp banyakk,mmg habis la negara kalau pembangkang yg uruskan negara....

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse