Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 24 November 2010

GAJI PERDANA MENTERI MALAYSIA


Penulis Smart Generation sekadar mahu berkongsi jumlah gaji bulanan Perdana Menteri Malaysia pada ruangan kali ini iaitu sebanyak RM 22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004. jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008. Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

Wah,ini baru gaji bulanan belum termasuk elaun.Memang tinggi gaji menteri-menteri kerajaan ini.Harap-harap dengan gaji yang begitu besar ini mereka benar-benar melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka kepada rakyat.Ringan-ringankanlah hati untuk membantu golongan yang fakir dan daif yang masih terdapat di negara kita ini.Gaji yang diterima oleh semua peringkat ahli parlimen atau adun tidak kira daripada peringkat tinggi hingga ke peringkat rendah adalah hasil titik peluh dan keringat rakyat Malaysia keseluruhannya.Semoga Malaysia akan terus maju dan berjaya mencapai hasrat wawasan 2020 dan berjaya mencapai hasrat Ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

1 ulasan:

Dye Kronniesar berkata...

wah.bestnyer gaji besar..nak jadik menteri la gini.hehe

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse