Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 31 Oktober 2010

MESYUARAT RAJA-RAJA MELAYU KE-222

salam kepada semua....







Penulis pada hari ini ingin mengucapkan Terima kasih kepada semua Raja-Raja Melayu kerana prihatin dan mengambil berat mengenai hal ehwal semasa yang belaku dalam negara ini.Sememangnya keprihatinan KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA kesemua TUANKU SULTAN di Seluruh Negeri di Malaysia memberikan suatu tiupan semangat kepada rakyat jelata.Sememangnya Raja-Raja Melayu merupakan harapan rakyat di bawah DEMOKRASI BERPELEMBAGAAN.``Raja yang baik disayangi rakyat,Raja yang Zalim di sanggah``.

 Raja- Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar Ahad berhubung mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222, yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Okt lepas.Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

1."Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Oktober 2010 memandang berat mengenai trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.


2. Majlis Raja-Raja juga memandang serius terhadap kewujudan jumlah jenayah yang boleh dikategorikan sebagai jenayah berat, yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman dan imej negara.


3. Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum akan perkembangan semasa serta kebimbangan yang disuarakan oleh individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berhubung dengan perkara-perkara yang menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu.


4. Raja-Raja Melayu bersama Yang Dipertua-Yang Dipertua negeri memahami serta menghargai usaha-usaha Kerajaan Persekutuan untuk menyatupadukan rakyat berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


5. Raja-Raja Melayu menyeru rakyat negara ini untuk memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial, iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

6. Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang telah dipersetujui ini merupakan watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil. Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.


7. Raja-Raja Melayu menyeru setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus bersatu serta bersifat setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara. Setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan negara.


Raja-Raja Melayu berharap setiap rakyat akan terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang ada dan mengelakkan tindak tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara.


Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk penglibatan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara.


8. Raja-Raja Melayu turut menyeru orang Melayu supaya bersatu padu dan tidak bertelingkahan sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam, agar kedudukan orang Melayu tidak terpinggir dan terhakis dalam arus pembangunan negara.


Pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu wajib mencari persamaan, bermuafakat menggunakan hikmah dan kebijaksanaan, melindungi dan membela nasib orang Melayu.


Raja-Raja Melayu menegaskan bahawa keutuhan bangsa Melayu serta nasib orang Melayu tidak akan terpelihara jika pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu lebih cenderung untuk bertelagah dan memilih untuk berselisih faham.


9. Raja-Raja Melayu berdoa agar negara Malaysia yang dikasihi ini sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera. Semoga negara Malaysia terus mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala."



Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse