Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 29 Disember 2009

KURSUS MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN INSANIAH MAHASISWA UM




1.Pada 26 hingga 28 disember yang lalu penulis telah diberikan peluang untuk menyertai dan menghadiri KURSUS MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN INSANIAH MAHASISWA anjuran Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Malaya Seksyen Pembangunan Aktiviti Pelajar(Latihan Dan Kempimpinan) di DUSUN ECO RESORT,Bentong,Pahang.Kursus ini dihadiri seramai 29 orang pemimpin pelajar di setiap kolej kediaman.



2.Kursus ini sangat bermakna bagi penulis kerana telah memberikan pelbagai input berguna kepada penulis untuk terus memperkasakan kemahiran diri dari sudut kepimpinan.Program selama 3 hari 2 malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah,LDK,Paintball,membuat rakit dan banyak lagi.Antara Penceramah yang hadir dalam kursus ini adalah Prof Madya Dr Mohd Sahar Yahya dengan ceramah yang bertajuk ``JATI DIRI MAHASISWA`` seterusnya Encik K. Purniamurthy Ketua Pendaftar Kanan HEP dan Alumni UM dengan tajuk ``KEMPIMPINAN INTELEKTUAL``,Encik Wahid Jais ``MAHASISWA BERTAMADUN``,Encik Hashim Abd Ghani``KEMAHIRAN BERKETERAMPILAN`` serta yang terakhir adalah amanat daripada

Prof madya Datuk Dr Azarae Hj Idris seterusnya merasmikan kursus ini.


3.Penulis berpendapat bahawa ceramah-ceramah yang telah diberikan merupakan suatu package lengkap yang perlu dimiliki oleh setiap kepimpinan.Pemimpin yang kita mahu lahir pada masa hadapan adalah pemimpin yang berfikir secara intelektual tanpa melibatkan emosi yang melampau.Selain itu aktiviti luar seperti Paintball dan Membuat rakit mendedahkan kepada pemimpin bagaiaman strategi dalam menghadapi peperangan serta kemahiran dalam membuat sesuatu.Pengisian di dalam LDK juga dilihat sangat baik untuk memastikan pemimpin mahasiswa ini tidak hanya sekadar lantang bersuara dan petah dalam berkata-kata tetapi juga melaksanakan apa yang mereka kata dan kreatif dalam pemikiran mereka.


4.Pemimpin mahasiswa haruslah bersedia membawa perubahan ini untuk memastikan pimpinan akan datang dapat dibentuk dengan lebih eklusif dan mempunyai package yang lengkap sebagai pemimpin.Kekuatan mahasiswa ini bukan sekadar lahir di bilik-bilik kuliah tetapi juga lahir dalam setiap perkara dan bidang yang mereka ceburi semasa masih berada di Universiti.Dalam ucapan dan amanat daripada Ayahnda TNC HEP dalam kursus ini beliau amat menitik beratkan mengenai kemahiran insaniah yang mana kemahiran ini berada dalam diri setiap manusia dan yang membentuk kemahiran ini adalah manusia itu sendiri.Jasad kita bukanlah diri kita yang sebenar tetapi diri kita yang sebenar adalah ruh di dalam diri kita.begitu juga dengan kejadian manusia percantuman diantara jasad dan roh akan menjadi nyawa yang sangat berharga di dalam kehidupan manusia.

Isnin, 21 Disember 2009

AKU MANUSIA BIASA.....







AKU MANUSIA BIASA...
MEMPUNYAI CITA-CITA....
AKU MANUSIA BIASA..           

MEMPUNYAI JIWA MEMBARA..
AKU MANUSIA BIASA...
JUGA LAYAK TUK BERKATA...
AKU MANUSIA BIASA..
BISA JUGA MERUBAH DUNIA....


AKU MANUSIA BIASA..
MENYIMPAN ILMU DADA...
AKU MANUSIA BIASA...
BERFIKIR JAUH DILUAR KOTA...
AKU MANUSIA BIASA...
MAHU MENJADI JAGUH DUNIA...
AKU MANUSIA BIASA...
MAHU MENDAKI PUNCAK JAYA...



AKU MANUSIA BIASA...
BISA JUGA MEMBERI IDEA...
AKU MANUSIA BIASA..
BISA JUGA MERANA....
AKU MANUSIA BIASA...
PERNAH JUGA MEMBUAT DOSA..

AKU MANUSIA BIASA..
MAHU JUGA DIAMPUN DOSA...

AKU MANUSIA BIASA...
BANYAK JUGA SUKA DAN DUKA..
AKU MANUSIA BIASA...
ADA JUA PERASAAN CINTA...
AKU MANUSIA BIASA..
MAHU JUGA MILIKI HARTA

AKU MANUSIA BIASA...
MAHU JUGA MENJADI KAYA...


AKU MANUSIA BIASA...
ADA SIFAT LUAR BIASA...
AKU MANUSIA BIASA..
TIDAK PERNAH PUTUS ASA...
AKU MANUSIA BIASA..
INGIN MERUBAH DERITA...
AKU MANUSIA BIASA...
INGIN MERUBAH PRASANGKA...
AKU MANUSIA BIASA...
MAMPU JUGA UNTUK BERJAYA...



AKU MANUSIA BIASA...
KINI SUDAH BERADA DI KOTA..
AKU MANUSIA BIASA...
KINI SUDAH DI UNIVERSITI TERNAMA...
AKU MANUSIA BIASA...
KINI MELANGKAH UNTUK BERJAYA....
AKU MANUSIA BERJAYA...
AKAN BUKTIKANNYA DI SUATU MASA.....



sengsara warisan



Dalam membaca puisi yang telah di nukilkan oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN INI sememangnya merupakan suatu luahan rasa yang terpendam di dada begitu sukarnya sebuah perjuangan untuk menegakkan agama.SENGSARA WARISAN ini merupakan suatu onak duri yang sangat berliku perlu ditempuh oleh setiap perjuang islam.Perjuangan nabi untuk menyebarkan dakwah islamiah ini bukan lah mudah dan telah banyak sejarah yang menukilkan begitu cekalnya perjuangan dakwah nabi dan inilah rahsia kemenangan umat islam pada ketika itu.Mujahid-mujahid yang telah lahir di abad seantero dunia telah membawa pendekatan dan pemahaman baru mengenai islam yang tidak terkeluar daripada prinsip tauhid.Namun perjuangan mereka juga bukanlah semudah yang disangka.Begitu banyak halangan dan mehnah yang perlu diharungi dan dirintangi namun kesabaran dan kecekalan itulah kunci kepada kejayaan dakwah.

Semoga perjuangan warisan ini akan terus kita kekalkan dan pertahankan......

analisis KOVENSYEN BLOGGER PAS

salam kepada semua pembaca blog


1.Penulis ingin memberikan respon dan pandangan mengenai KOVENSYEN BLOGGER PAS yang telah diadakan  di dewan Datuk Fadhil Noor, Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Konvensyen Pertama Blogger PAS menghimpunkan hampir 300 para Blogger yang setia dengan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS. Konvensyen ini yang diadakan buat julung-julung kali diadakan untuk membentangkan 2 kertas kerja akademik yang berkaitan fenomena blog yang telah menjadi satu pengaruh baru dalam dunia abad ke-21 ini.

2.Penulis mahu melihat sejauh manakah keberkesanan penulisan di dalam media massa ini mampu mempengaruhi rakyat sekeliling dan sejauh manakah kejujuran di dalam penulisan blog itu sendiri.Pada masa kini BLOG dilihat sebagai satu medan serangan politik yang cukup hebat dan tidak keterlaluan kalau penulis memberikan perumpamaan sebagai medan fitnah terbesar di arus perdana yang mana setiap maklumat yang didapati terus disebarkan di dalam blog tanpa melalui medan tapisan tertentu dan sudah semestinya blog menjadi lebih terkenal dikalangan penulis kerana sifatnya yang begitu.

3.Di dalam kovensyen ini Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan para blogger supaya jangan syok menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat."Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.
"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.


4.Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohongLebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita .Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan "Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagiBeliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.Sehubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari"Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya.

5.Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan."Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya.Para penulis blog juga tegasnya perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.Manakala penganjuran konvensyen blogger PAS ini juga katanya langkah terbaik untuk memastikan bloger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik"Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan)", katanya.


6.Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang.
Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.Berucap sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Blogger PAS , Abu Hassan memberitahu antara faktor besar kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog.

7.Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 itu mendapati blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.
Malaysia menggunakan kemudahan internet hampir 92 peratus dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding United Kingdom 66 peratus dan Amerika Syarikat 60 peratus.Ketika ditanya kenapa berlaku perbezaan ketara penggunaan internet Malaysia dengan UK dan USA, Abu Hassan memberitahu ianya bergantung kepada amalan demokrasi negara masing-masing.Jika sesebuah negara itu mendokong kebebasan bersuara, maka penggunaan internet mungkin tidak begitu tinggi berbanding negara yang mengokong kebebasan bersuara.Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies

8.Penulis melihat bahawa perbincangan penulisan blog ini perlu diperluaskan termasuk oleh kerajaan Malaysia.Penulisan blog ini merupakan satu medan perkembangan idea dan diskusi secara bernas.Setiap BLOGGER perlu tahu tatacara dan budi bahasa mereka di dalam penulisan kerana penulisan ini bisa menjadi racun kepada umat jika racun ini dibiarkan ditabur dan di minum oleh masyarakat.Mungkin kerana keghairahan kita mahu menyampaikan sesuatu sehingga kita lupakan prinsip dan norma dalam kita menjaga keaiban orang lain.Penulis berharap para BLOGGER akan lebih matang dan mewujudkan persaingan sihat di pentas pertarungan alam maya ini.

analisis ringkas KOVENSYEN PAKATAN RAKYAT

salam kepada semua pembaca blog....

Penulis mahu menggunakan ruang maya ini sebagai satu medan perbincangan secara dinamik dan kritis mengenai isu-isu politik di dalam negara.Pertama Penulis mahu mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pakatan rakyat kerana telah berjaya mengadakan KOVENSYEN PAKATAN RAKYAT pertama di dalam sejarah penubuhannya.Kovensyen yang diadakan di Auditorium MBSA,Shah Alam membariskan semua pimpinan parti di dalam pakatan rakyat iaitu pimpinan PAS,DAP dan KEADILAN.

Kovensyen ini melihat pendamaian diantara PAS yang menjuarai ``aspirasi negara islam`` dengan DAP yang membawa konsep ``Malaysia Malaysia`` yang mana mereka telah bersepakat mengenai isu ini di dalam kovensyen yang berlangsung ini.Proses menanda tangani persefahaman diantara pemimpin-pemimpin pakatan ini merupakan simbolik kepada satu usaha sama dan kerjasama yang erat di dalam pakatan rakyat Malaysia.

Persoalan yang penulis mahu kemukan di sini adalah sejauh manakah persefahaman ini akan dapat difahami dan dihadam oleh semua pimpinan di dalam pakatan rakyat dan rakyat khususnya.Pakatan Rakyat ini mula wujud secara gah dan kuat selepas berjaya mengurangkan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen dan dilihat telah memberikan cabaran yang hebat kepada kerajaan yang sedia ada pada hari ini.

Penulis melihat kesepakatan dan permuafakatan yang dibuat dan dibentuk oleh pakatan rakyat ini merupakan sesuatu yang baru dan kesefahaman serta kesepakatan yang berani.Apa yang ingin penulis melontarkan seribu satu macam persoalan di sini adakah usaha sama ini akan berjaya dilaksanakan secara praktikal dan tidak bersifat semata-mata retorik di atas kertas kerja pembentangan semata-mata.Hal ini kerana Pakatan Rakyat merupakan satu gabungan politik yang baru dan masih belum diuji keberkesanan mereka.Secara positifnya juga penulis melihat bahawa mereka mahu membawa dan membuat perubahan tetapi masih ada kesangsian yang b oleh diperkatakan walaupun dasar dan penerangan mereka jelas untuk memajukan dan memartabatkan negara Malaysia.
Penulis telah meneliti dan membaca draf pembentangan kovensyen pakatan rakyat dan melihat bahawa itu merupakan satu usaha yang murni.Pakatan rakyat dilihat cuba membina satu muafakat yang baru dengan lebih adil mengikut prinsip dan lunas-lunas perlembagaan.Penulis yakin jika usaha ini benar-benar ikhlas dan dapat dilaksanakan malaysia mampu menjadi negara yang lebih progresif dan dinamik cuma adakah benar kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan semasa kovensyen ini merupakan sesuatu yang benar-benar jujur dan adakah ini merupakan suatu keazaman yang mereka pegang dan genggam untuk mereka capai atau hanya sekadar manisan di bibir untuk mendapat sokongan dan dokongan daripada rakyat Malaysia.

Penulis memberikan kesimpulan yang sangat mudah dan jelas.Jika pakatan rakyat ingin membuat suatu perubahan ke arah Malaysia baru.Pakatan rakyat yang sudah menjadi kerajaan kepada negeri selangor,kedah,kelantan dan pulau pinang sepatutnya telah membuktikan bahawa mereka berusaha kearah mewujudkan Malaysia baru ini.Rakyat di negeri ini lebih terbela dan mendapat perhatian daripada kerajaan negeri serta isu-isu yang bersifat sensitif dapat mereka tanggani dengan baik.Mereka juga hendaklah lebih bersifat adil dan saksama dalam pemerintahan tidak kira kepada penyokong atau penentang mereka.Mereka tidak akan menyentuh isu-isu sensitif yang boleh membawa kepada pepecahan dan perbalahan.Jika perkara-perkara ini mereka tidak dapat hadapi dengan bijak dan baik sudah tentu Pakatan Rakyat ini adalah sebuah gagasan politik yang sama sahaja dengan mana-mana gagasan parti politik di Malaysia cuma menggunakan nama yang berbeza.

Pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata konsep kerjasama dalam pakatan harus lebih diserlahkan sebagai satu bentuk kekuatan kepada pakatan itu"Kekuatan PAS, DAP dan PKR sekarang bukan boleh diukur seperti dulu. Sekarang kalau di Kelantan PKR lemah, PAS kena bantu dan kalau di Perak PAS lemah, DAP dan PKR kena bantu," kata Zaid lagi.Di sudut PAS, isu kesepakatan itu antara lainnya diulas oleh presidennya sendiri Datuk Seri Hadi Awang yang berkata dasar tersebut merupakan salah satu peluang kepada PAS untuk membuktikan mereka juga mampu

"berpakat."Marilah kita dahulukan apa yang boleh kita sepakati dahulu. Kita perlu pertahankan kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai," katanya yang turut menyeru ahli pakatan supaya mengambil iktibar daripada perpecahan yang berlaku dalam BN.Isu melibatkan kedudukan orang Melayu turut mendapat perhatian, antaranya apabila diulas pemidato PAS, Salahuddin Ayub yang berkata Pakatan juga tidak akan mengambil pendekatan sama seperti Umno dan BN dalam mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu yang dimaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan.
"Kita seru kepada rakan-rakan kita supaya jangan takut dengan Perkara 153 kerana ini adalah untuk memberi (bantuan) kepada golongan yang berhak.



Ketua pergerakan sosialis pemuda DAP, Anthony Loke pula berkata isu melibatkan kepentingan Melayu tidak lagi akan dipersoalkan oleh pergerakan itu, selagi tidak mencabuli hak bagi mereka yang sepatutnya.
"Tuan-tuan tidak perlu risau kerana DAP akan tetap memperjuangkan kepentingan Melayu," katanya, mengulas janji Pakatan untuk sentiasa memelihara kedudukan Istimewa orang Melayu, sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang didukung itu"Kita tidak akan cemburu sedikitpun kalau ada orang Melayu yang miskin yang dapat biasiswa ke universiti.

kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh barisan pimpinan PAKATAN RAKYAT ini diharapkan bukan semata-mata janji kosong mereka malahan Penulis melihat bahawa kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan ini perlu dipegang dan diyakini untuk tidak mereka khianati.Hak keistimewaan orang Melayu perlu benar-benar dijaga dan tidak di sentuh oleh kaum lain dan hak-hak kaum lain akan terus terpelihara dan mendapat jaminan.

4 perkara asas utama yang telah mereka sepakati iaitu:
1-DEMOKRASI TELUS DAN TULEN
2-MEMACU EKONOMI BERPRESTASI TINGGI,MAPAN DAN ADIL
3-KEADILAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN INSAN
4-HUBUNGAN PERSEKUTUAN-NEGERI DAN DASAR LUAR NEGARA

perkara-perkara ini merupakan manuskrip janji mereka kepada Rakyat dan mereka perlu laksanakan.Walaupun berdasarkan pengamatan penulis bahawa sukar untuk pakatan rakyat ini melaksanakan perkara ini tetapi penulis masih optimis dan bersifat terbuka untuk melihat kejayaan pakatan rakyat dalam merealisasikan perkara ini.

Penulis juga melihat bahawa kerajaan yang sedia ada di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berada di dalam zon yang selesa kerana sekarang mereka berhadapan dengan musuh yang mempunyai strategi dan kebal.Pimpinan UMNO dan BARISAN NASIONAL janganlah memandang remeh isu dan perkara ini kerana akan menjadi barah di dalam PILIHAN RAYA UMUM KE 13 yang akan datang.Pimpinan BARISAN NASIONAL harus membaca dan memperhalusi draf yang telah di bawa oleh PAKATAN RAKYAT ini untuk menjadi rujukan serta sebagai satu cabaran yang perlu kerajaan lakukan dan ubah melalui sekarang.

Penulis yakin dan pasti jika kerajaan yang sedia ada sekarang benar-benar ikhlas mahu merubah dan menghapuskan tanggapan-tanggapan negatif daripada pembangkang dan membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan dalam usaha ke arah itu maka kerajaan yang ada sekarang ini akan lebih bertambah kuat dan diyakini oleh rakyat.Penulis melihat bahawa Rakyat Malaysia masih meletakkan harapan yang tinggi kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk membawa perubahan dan memerintah negara ini.Rakyat juga masih sayangkan parti yang keramat ini.Apa yang perlu dilakukan adalah perubahan demi perubahan untuk kesejahteraan rakyat.

kesimpulan yang mahu penulis coretkan di sini bahawa Negara Malaysia kini telah matang dalam berpolitik dan mengamalkan demokrasi.Kekuatan yang ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak tidak kira kerajaan atau pembangkan adalah untuk kesejahteraan rakyat.perkara paling utama yang perlu diingati ialah janganlah kerana pertikaian ini kampung dan tanah air yang kita duduki sekarang ini tergadai.Menjadi tanggungjawab kepada semua untuk terus mempertahankan serta mendaulatkan bangsa Malaysia.

Jumaat, 18 Disember 2009

KARNIVAL IKTIRAF 2009(ikatan hati warga felda)



Hari ini penulis berkesempatan untuk ke UITM SHAH ALAM mengunjungi karnival IKTIRAF(ikatan hati warga felda).karnival seumpama ini merupakan kali pertama diadakan yang menghimpunkan ribuan anak-anak felda daripada seluruh negara yang sedang menuntut di intitusi pengajian tinggi.

karnival ini merupakan idea daripada Perdana Menteri Malaysia sendiri yang mana merupakan menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal felda yang mahukan generasi felda sekarang ini menjadi generasi yang bersifat glokal.

penulis sempat menghadiri kovensyen siswa/siswi felda 2009 yang diadakan di dewan budiman UITM shah alam yang mana telah dirasmikan oleh menteri pengajian tinggi Datuk Seri Khalid Nordin.Dalam ucapan perasmiannya beliau menyatakan statistik warga felda yang menuntut di IPTA dan IPTS di dalam negara.seramai 5000 orang anak felda berada di UITM.beliau menyatakan bahawa anak-anak felda perlu merasa bangga dan bertuah kerana telah banyak disediakan ruang dan tempat dalam pendidikan tinggi negara.

slot 1 dan 2 telah disampaikan oleh YB DATUK HAJI AHMAD BIN MASLAN-timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan DATUK HJ SHAHLAN-SU politik perdana menteri.

5 TERAS FELDA iaitu:-

1.komuniti felda menjadi komuniti contoh luar bandar
2.warga peneroka menjadi golongan berpendapatan pertengahan
3.felda menjadi pelaku glokal
4.membangunkan potensi generasi baru
5.memperkukuhkan budaya felda sebagai intitusi

harapan Datuk Seri Najib Razak kepada seluruh generasi baru felda ialah kalau sebelum ini ibu bapa mereka meneroka hutan belantara tetapi beliau sekarang mahukan generasi baru ini untuk meneroka minda. untuk membina dimensi baru felda .Selain itu FELDA juga berhasrat untuk menjadi gedung makanan utama negara.bukan sahaja dalam tanaman getah dan kelapa sawit tetapi juga makanan keperluan yang lain secara besar-besaran.

generasi felda seharusnya menjadi juara kepada rakyat untuk membina dan membentuk suatu generasi felda yang glokal.semenjak daripada penubuhan felda pada tahun 1956 jurang kemiskinan bagi penduduk bumiputra telah berjaya dikurangkan dan felda telah membuktikan bahawa peneroka bukan golongan miskin lagi tetapi telah menjadi golongan pertengahan.

Idea penubuhan FELDA oleh TUN RAZAK sebelum ini sememangnya telah membantu golongan melayu ini untuk berjaya dalam bidang pertanian yang mereka ceburi ini.siapa sangka hutan belantara yang tebal telah bertukar menjadi periuk emas kepada para peneroka.semoga FELDA akan terus maju....

hijrah kearah perpaduan dan penyatuan

selamat tahun baru 1431 hijrah kepada seluruh umat islam di dunia.

Awal muharam atau Maal Hijrah kini telah kembali menjadi simbol tahun baru kepada seluruh umat islam di dunia.Sejauh manakah penghayatan sambutan maal hijrah atau awal muharam ini sampai kepada seluruh umat islam masih menjadi tanda tanya.

Penulis ingin melihat skop perbincangan mengenai sambutan maal hijrah ini dalam kelompok dan ruang lingkup masyarakat islam di Malaysia sahaja.Hijrah dari segi istilahnya merupakan perubahan daripada perkara yang tidak baik kepada perkara yang baik dan secara konklusinya boleh dikatakan sebagai proses perubahan dan transformasi diri manusia itu sendiri.

Umat islam walaupun mempunyai bilangan majoriti yang tgerbesar di dunia malahan di Malaysia masih lagi kelihatan lemah dan mundur dari segi sosio ekonomi dan masih lagi takut untuk membuat perubahan kearah yang lebih baik.Tidak dinafikan masih ada lagi usaha-usaha untuk menaikkan kekuatan umat islam tetapi hanya dalam kelompok yang kecil semata-mata.

pergolakan politik dan perbezaan ideologi politik,mazhab dan pegangan umat islam di lihat telah banyak menimbulkan pergolakan dan perbalahan.Umat islam telah dilemahkan dengan sistem demokrasi ini yang mana semuanya kelihatan terbatas dan memerlukan kuasa majoriti sokongan.Isu terbaru di Malaysia apabila salah seorang bekas mufti di Malaysia yang telah terbukti keilmuannya telah ditangkap akibat daripada tiada tauliah daripada jabatan agama islam negeri.perkara ini telah menjadi salah satu barah yang mana ulama dan ilmuan islam telah dibicarakan kerana memberi ceramah tanpa kuliah sedangkan banyak lagi perkara-perkara penting yang berkaitan dengan isu keruntuhan moral umat islam perlu dibicarakan.Jika perkara ini berterusan penulis melihat bahawa umat islam tidak akan maju dan berjaya jika kita tidak ada kesatuan di dalam hal ehwal agama.

seruan penyatuan seluruh umat islam di Malaysia di lihat sangat perlu kerana kita ini merupakan satu jamaah di dalam negara dan menjadi satu tanggungjawab fardu kifayah untuk menyeru ke arah penyatuan ini.Umat islam ini akan kelihatan kuat dan gah sekiranya mereka semua bersatu dan berada di bawah satu payung.Tidak kira Melayu,Cina atau India yang beragama islam kita semua boleh bersatu hati di dalam agama inikan pula semangat dan seruan 1MALAYSIA yang mana ingin mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia ada.

Penulis kadang-kadang ingin menimbulkan suatu persoalan yang mana di Negara kita ini.Masyarakat Melayu boleh menerima dan bersatu hati dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini apatah lagi jikalau umat islam itu sendiri yang mempunyai akidah dan pegangan yang sama tidak mungkinkah mereka ini bersatu hati.Perkara ini perlu kita lihat dengan lebih teliti dan halus kerana kita boleh bersatu dengan bangsa-bangsa lain yang berlainan akidah dan pegangan tetapi kenapa begitu sukar untuk kita sebagai umat islam ini bersatu hati walaupun mempunyai perbezaan ideologi politik.

Penulis ingin menyeru kearah penyatuan umat islam dan penyatuan masyarakat yang lebih dinamik untuk masa depan negara kita yang tercinta ini.Jadikanlah tahun baru 1431 hijrah ini sebagai satu platform dan wadah untuk kita saling bersatu hati dan berganding bahu sebagai umat islam.semoga usaha kearah seruan perpaduan dan penyatuan ini akan mendapat keberkatan daripada ALLAH s.w.t.


Khamis, 17 Disember 2009

INTERNATIONAL MUSLIM UNITY COVENTION 2009





I have done and get many experience attended  international muslim unity covention 2009 at PWTC on the 15th -16th december 2009 in kuala lumpur.The organizer for this covention is RAMADHAN FOUNDATION with co-organizer PERDANA LEADERSHIP FOUNDATION.


this is the 2nd international muslim unity covention is established to cater to the educational and welfare needs of the muslim community to bring them to forefront of international


the first covention for this in 2005,the ramadhan foundation made history by bringing together muslims from across the world to discuss muslims uniting and focusing on the issues that bind us together.the first muslim unity covention was held on sunday 5th august 2005 in Manchester,United Kingdom.Europe saw the coming together of scholars,thinkers,and politician in an unprecedented show of muslim unity and solidarity.


objective and target for this program to establishing a forum where muslim from different backgrounds can come together under one umbrella and call for the unity of all muslims,forming a declaration of support from all major muslim organizatiuons,denouncing all forms of violence in the world,forming a better representation of islam and muslims in the world media and also preserving for the heritage of islam and muslim throughout the world.



I am honoury and specially thanks regard to Assoc Prof Datuk Dr Azarae Hj Idris Deputy Vice Chancellor Student Affairs and Alumni University of Malaya because support the student for this program the investment fee for one student is RM 350.

 I am very happy because get more information from this covention about muslim unity.Theme for this program is HIGHWAY TO MUSLIM UNITY AND WORLD PEACE.The secret of success is unity and cooperation.The community needs to have structure and institutions to prepare the future generations with the necessary skills and knowledge to take on the challenges of this new era.As a yardstick and criterion in our lives.Islam has given us a clear definition of unity and brotherhood and how it can be realized and implemented.The uniting factor is what we have in common uniting on our common dominators


this covention opening remarks by Muhammad Umar is a Chairman ramadhan foundation in the speech he very thanks fully to goverment of malaysia because support this covention and hopefully this covention as a transformation muslim unity in the world.


premeir keynote address ``the call for unity`` is speech by YBHG Tun Dr Mahathir Mohamad,4th prime minister of malaysia.Tun mahathir said unity is less conflix,more stablity,give the greatest strange in the group and to protect the others.OIC fails to conduct unity among muslim.from this covention one delegate has been give the ideas to change the name of OIC ang rebuild and restructure OIC to be the strangest organization.The size among muslim give us strange to be the khalifah in the world.


Distinguished speaker panel have come to give the idea and opinion as a HE AL sayed ali hashimi-Special Advisor to HM President of United Arab Emirates,HE Dr imam hamdi murad-special advisor to HM King Of Jordan,Sh abdullah al talidi -grand scholar of morocco,shaykh abdur rahman weld hajj-Mauritania,Dr Abdur Rahman Al Jarrar-special advisor to rules of dubai and more speaker panel who are fact in their position.

I hope this covention can give muslim unity the news ideas to get the strangest in the new era and for the new generation.1.6 bilions muslim in the world is not the small size but is more than strangest among the other unity in the world.If us unite and support the other i am very confident the world will be see on ISLAM and islam will be a live in this world.....





Rabu, 16 Disember 2009

sekilas kenangan program penempatan pelajar tingkatan 6 rendah....



program penempatan pelajar tingkatan 6 rendah di UNIVERSITI MALAYA

salam kepada semua pembaca blog ini

penulis ingin menggunakan kesempatan di ruang maya ini untuk berkongsi pengalaman penulis menjadi fasilitator untuk program penempatan pelajar tingkatan 6 rendah di ptj akademik universiti malaya.

PROGRAM PENEMPATAN PELAJAR TINGKATAN 6 RENDAH DI PTJ AKADEMIK UNIVERSITI MALAYA 2009 adalah program universiti malaya dengan kerjasama PTj akademik yang merangkumi Akademik,Fakulti, dan Pusat pada 7 hingga 14 disember 2009 dikampus universiti malaya dalam mengenengahkan peranan UM dalam bidang pendidikan dan penyelidikan kepada masyarakat.Peserta yang terlibat adalah pelajar tingkatan 6 rendah dari pelabagai sekolah menengah di seluruh semenanjung malaysia.Program ini fokus kepada aktiviti penyelidikan aliran sains dan sastera .Program ini dapat mendedahkan kepada pelajar perspektif baru dalam dunia pendidikan khusus dalam pengajian tinggi negara.Program ini akan melibatkan `hands on experience` dan research environment` yang melibatkan profesor dan tenaga akademik yang pakar dalam bidang sains dan sastera

Penulis merasa sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan pelajar daripada 18 buah sekolah daripada seluruh malaysia yang mana sangat hebat dan cemerlang.sepanjang menjadi urusetia dan fasilitator untuk program ini banyak pengalaman dan perkongsian yang penulis dapat daripada para peserta.

pada awal program ini kelihatan masih terdapat ``gap`` di kalangan bangsa melayu,cina dan india.tetapi kami berjaya memisahkan jurang dan `gap` diantara mereka di akhir program ini.Di sini kelihatan konsep 1MALAYSIA itu dapat menjadi kenyataan dan direalisasikan jika ianya dibuat dengan penuh keikhlasan dan semangat yang muhibah.

pengalaman menajadi fasilitator selama 4 tahun ini merupakan kali pertama penulis dapat bersama para peserta program selama seminggu.sememangnya kami seperti sebuah keluarga yang besar di dalam program ini.para peserta juga tidak banyak menimbulkan masalah tetapi juga sentiasa mematuhi dan patuh segala arahan yang kami berikan

prinsip yang suka saya gunakan adalah ketegasan dan juga kelembutan mengikut suasana dan keadaan.di samping kami memberikan motivasi kepada para pelajar secara tidak langsung kami dapat meningkatkan kemahiran diri kami sendiri.

penulis sememangnya tidak akan dapat lupakan para pelajar di dalam kem ini yang sentiasa komited dan bersemangat.penulis merasa sangat gembira dapat dipertemukan dengan mereka.

penulis juga masih ingat ketika bersama dengan para peserta ketika berjalan-jalan ke pusat sains negara dan ke putrajaya kami memang seronok dan gembira bersama.Penulis memang tidak akan lupakan saat kami bersama.memang sebak rasanya bila mahu berpisah dengan mereka semua....

thanks semua para peserta program ini...we are love you all....:-)

Khamis, 10 Disember 2009

suatu kelahiran



kelahiran ini suatu penyaksian
kelahiran ini suatu pemberian
kelahiran ini suatu kurniaan
kelahiran ini suatu perubahan
kelahiran ini suatu pembaharuan
kelahiran ini suatu anjakan
kelahiran ini suatu perjanjian
kelahiran ini suatu perhitungan........


kata-kata yang ku tulis dan nukil kan ini merupakan suatu semangat yang akan ku asah dan bakar di dalam diri serta tubuh ku yang sekadar bergelar manusia yang biasa untuk menjadi seorang manusia yang kelahirannya dapat dirasai dan dinanti.


kelahiran insan yang dapat mencorakkan minda dan pemikiran masyarakatnya akan menjadi suatu lambang bahawa insan itu bukan sekadar diciptakan semata-semata tanpa tujuan di atas dunia ini.kelahiran insan itu menjadi suatu lambang dan simbol bahawa kemunculannya bisa merubah segalanya....


empayar kekuasaan juga akan tersebar di merata dengan kemunculan insan ini.jatuhnya kerajaan yang terhebat di dalam sejarah juga kerana hadirnya seorang insan yang boleh menumbangkannya.kelahiran seseorang itu ibarat kain putih yang masih suci..yang mencorakkan kain itu untuk menjadi warna yang lain adalah orang yang berada di sekeliling dan persekitaranya.


lahirnya tokoh-tokoh besar seantero dunia terutama kemunculan RASULLULAH s.a.w yang merubah landskap dunia ini daripada kegelapan dan kejahilan kepada kemajuaan dan cahaya yang bersinar.tokoh-tokoh yang lahir ini membuktikan bahawa mereka mampu menjadi lambang kejayaan dan ketokohan.


Malaysia misalnya yang telah dijajah lebih darida 500 tahun bisa berubah daripada negara yang telah dijajah menjadi negara yang maju setanding dengan negara-negara maju yang lain walaupun baru sahaja 52 tahun merdeka.kemunculan tokoh perdana seperti TUN MAHATHIR MOHAMAD yang telah merubah kotak pemikiran masyarakat dan bangsanya.


hari ini genap umur ku 21 tahun.moga kelahiran ku ini akan dapat menjadi seperti tokoh-tokoh dunia yang telah menjadi penyumbang kepada perubahan sejagat.lahirnya diriku memberikan aku kekuatan untuk terus mencari ilmu dan pengalaman.semoga selepas ini diriku akan terus sabar dan tabah dalam menghadapi segala mehnah dan tribulasi yang menguju diri.


terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberikan ucapan dan doa.semoga kalian akan berjaya juga.terima kasih juga kepada ibu ku yang telah melahirkan diriku ini.pahit dan getir dirimu membawaku di dalam rahim dan perut mu tidak pernah ku lupakan.terima kasih ibu.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse