Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 31 Mac 2009

nak berniaga?

perniagaan sumber rezeki....
betul ke?...
boleh percaya?
kalau kita tidak mencuba sudah tentu kita tidak tahu....
saya terfikir hendak berniaga....
tapi...barang apa yang saya hendak niagakan?
mungkin dengan saya berniaga...pendapatan saya akan bertambah....
terasa semangat nak berniaga....
saya akan cuba......lau ada rezeki insyaalah saya akan menjadi seorang usahawan...
kalau ada sesiapa yang ingin membantu saya untuk memulakan perniagaan...
silakanlah.....
saya sedang mencari orang yang boleh membantu saya untuk menjalankan perniagaan,,,,
?????????
money+money+money+money=milioneair

sekilas perasaan

asri suka untuk membuat sedikit pandangan mengenai politik...walaupun asri bukan belajar dalam bidang ini...politik merupakan satu medan di mana sesebuah negara itu akan nampak hebat jika dari segi amalan politik mereka nampak hebat dan dipandang oleh seluruh dunia....

amerika misalnya..menggunakan media untuk menunjukkan kehebatan kempen politik di negara mereka...pelbagai cara digunakan untuk menarik sokongan pengundi....

amalan politik yang demokratik sering dibicarakan...tetapi sejauh mana pelaksanaanya masih menjadi tanda tanya....

sekarang sedang berlangsong 3 pilihan raya kecil di dua buah bukit dan satu batang....mungkin agak menarik jugak nama tempat 3 pilihan raya kecil ini.....

persoalanya sekarang...pendekatan bagaimana yang di bawa oleh parti-parti yang bertanding?
semuanya mempunyai strategi masing-masing....

adakah rakyat mampu menilai pemimpin mereka?

adakah dengan kekuatan kewangan...sesebuah parti akan mendapat kemenangan?

adakah pilihan raya kecil ini akan menjadi titik tolak kemegahan atau kehancuran sesebuah parti...?

semua ini akan terjawab pada 7 april ini......rakyat bijak memilih....

rakyat malaysia memerlukan kepada kempimpinan kerajaan yang telus dan berhemah...

pemimpin berjiwa rakyat....

itu adalah rahsia kejayaan kempimpinan....rakyat perlu kepada orang yang mampu menyuarakan perasaan mereka....

rakyat perlukan orang yang sanggup berkorban untuk mereka....

sejarah akan melakar peristiwa penting dalam negara...
kita banyak belajar dari sejarah...
tapi..adakah kita mahu sejarah mengajar kita?
buatlah pilihan yang terbaik....

Sabtu, 28 Mac 2009

mahathir dan pak lah berdamai.....

Mahathir -Pak Lah berdamai...

Perhimpunan agung Umno kali ini merakam sejarah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berpelukan di atas pentas.

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309 02Sebelum itu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila muncul di dewan persidangan pada jam 12.29 tengahari tadi ketika majlis pergulungan ucapan sedang berlangsung.

Ketibaan Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut tepukan gemuruh para perwakilan yang turut bangun memberi hormat kepada kedua-dua tokoh tersebut.

Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu sedang menyampai ucapan penggulungannya, berkata kehadiran Dr Mahathir itu menandakan mantan perdana menteri mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala Abdullah pula, dalam ucapan penggulungannya berkata, beliau telah memaafkan semua pihak yang tidak senang dengannya.

Katanya, beliau juga memaafkan Muhyiddin jika menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu beranggap telah melakukan perkara tidak baik.

Walaupun tidak menyebut nama-nama yang lain, Dr Mahathir memang diketahui amat kritikal mengkritik pentadbiran Abdullah selama ini.

Naik ke pentas

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309Manakala Najib dalam ucapan menerima jawatan presiden Umno, menyuarakan hasrat ahli parti untuk melihat kedua-dua tokoh tersebut berbaik-baik dan menjadi teladan kepada ahli-ahli parti.

Selepas selesai majlis penggulungan tersebut, Dr Mahathir kemudian berjumpa dan berpelukan dengan Najib sebelum melangkah naik ke pentas dan menemui Abdullah.

Kedua-duanya kemudian berpelukan di atas pentas di tengah-tengah tempukan gemuruh pada perwakilan.

Dr Mahathir juga kemudiannya mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau akan menyertai Umno semula.

Sebelum itu, Najib berharap dapat bersama kedua-dua "negarawan" tersebut demi kepentingan negara dan parti itu.

"Harapan saya agar dapat bersama dua negarawan tersebut - Datuk Seri Abdullah dan Tun Dr Mahathir - bagi membincangkan masalah serta masa depan parti dan negara. Walaupun pertemuan pertama mungkin kekok sedikit, tetapi lama-lama kemesraan akan terjalin.

Rapatkan barisan

"Yang penting bukan kepentingan diri, yang penting Umno dan negara kita. Insya-Allah, jika negarawan kita menunjukkan teladan yang baik, kita akan berjaya merapatkan barisan kita.

"Yang di bawah ini akan ikut bersama. Mereka akan mendapat inspirasi daripada negarawan kita," katanya dalam ucapan lantang dan berapi-rapi.

Beliau juga menyeru kedua-dua pihak jangan mengkritik secara terbuka, sebaliknya menyelesaikan sesuatu perkara secara dalaman.

"Apabila ahli setia kepada pemimpin, pemimpin yang bersara juga perlu setia kepada parti yang pernah berjasa kepada kita. Ini merupakan kehendak perwakilan Umno," katanya yang mendapat sorakan dan tepukan daripada perwakilan.

"Hari ini Tun Dr Mahathir hadir bersama-sama kita. Saya cuba tafsir kehadiran beliau. Saya percaya dalam hati kecil beliau, darah beliau adalah darah Umno," katanya.

Rabu, 25 Mac 2009

UMNO perlu berubah........

sekarang sedang berlangsungnya persidangan umno...parti melayu terbesar di malaysia...parti melayu yang masih mendapat mandat terbesar daripada rakyat..parti melayu yang masih bertahan begitu lama...parti yang dahulunya digeruni kerana kekuatan ahlinya....

masa merubah zaman...dan zaman tidak akan terus mampu untuk merubah masa...kerana masa yang akan menentukan segalanya...begitulah dengan kehebatan dan kemegahan parti ini...

jika perjuangan mereka untuk rakyat,bangsa dan agama...parti ini akan terus kekal..jika parti ini untuk mendapatkan kuasa rakyat,bangsa dan agama mereka sendiri akan menghukum...

perjuangan bangsa dan agama tidak akan pudar...perjuangan masih belum selesai...tetapi perjuangan memerlukan pengorbananan dan keikhlasan...semata-mata untuk agama dan bangsa yang tercinta....

umno perlu bergerak seiring dengan masa dan jika mampu perlu bergerak mendepani masa...mereka bukan lagi harimau yang garang...bukan lagi seperti raja rimba...tetapi...berdepan dengan lawan yang juga ingin menjadi parti memerintah...lawan yang ada kekuatan...bukan lawan yang lemah...

umno perlu berubah...perlu diubah segala yang kotor...perlu diperbaiki segala kelemahan yang ada jika mahu terus menjadi parti pemerintah....perlu disusun barisan saf kempimpinannya pemimpin yang mempunyai idealisme dan perjuangan yang tinggi...bukan yang bergelumang dengan politik wang semata-mata mahukan kuasa....kerana kuasa itu yang akan menjatuhkan mereka...kuasa yang diambil kerana dibayar....

bangsa melayu jangan dibeli kepercayaan mereka!jangan menipu bangsa sendiri....kerana kita memperjuangkan bangsa...perlu kita membuktikan kepercayaan bangsa kita dengan menggunakan segala kepercayaan yang ada semata-mata untuk membangunkan agama,bangsa dan tanah air kita sendiri....

ingatlah kembali perjuangan yang dibawa oleh bekas pemimpin tanah air kita di dalam umno...yang berjuang untuk rakyat...jangan mencari harta di dalam umno..kerana harta yang paling perlu di cari adalah harta untuk membangunkan agama,bangsa dan tanah air sendiri...supaya anak cucu generasi akan datang akan menikmati segala ini...bukan untuk kekayaan pemimpin tertentu...

mahu dilihat pimpinan umno ini berubah...berubah segalanya...perlu ada perubahan....kerana keyakinan semakin berkurang...perlu menarik kembali keyakinan itu...kerana parti ini adalah simbol perjuangan kemerdekaan tanah melayu...parti yang mampu mengembalikan kekuatan daripada penjajahan....

orang melayu masih sayangkan umno...masih mempercayai umno...jika pemimpin mereka memberikan teladan yang baik...berjuang untuk rakyat....rakyat akan menilai pengorbanan mereka...rakyat juga akan menentukan masa depan mereka....

buktikan bahawa umno masih kuat seperti harimau ditengah rimba....
buktikan bahawa umno adalah simbol perjuangan....
buktikan bahawa umno bebas daripada politik wang...
buktikan bahawa umno perlu terus menjadi parti pemerintah yang adil dan telus...
buktikan bahawa umno akan mendepani masa...menentukan nasib rakyat di negara ini...
terus pertahankan maruah agama dan negara...
jangan biar tergadai di tangan musuh yang rakus......
jangan biar musnah dek kerana kemewahan dan kemegahan...
perlu ada pembuktiaan untuk kejayaan,,,,
politik perlu terus subur dengan semaian benih yang baik...
perlu ditanam kembali pokok-pokok yang sudah lama ini...
untuk mendapatkan hasil yang baru.....

Isnin, 16 Mac 2009

MALAM ANUGERAH PENDETA `09

MALAM ANUGERAH PENDETA 2009


salam.
Alhamdullilah MANDETA `09 telah berakhir semalam dengan jayanya.MANDETA `09 merupakan projek terbesar kolej kediaman ungku aziz UM.MANDETA atau disebut sebagai MALAM ANUGERAH PENDETA merupakan dinner kolej ungku aziz.Tahun ini merupkan kali kedua MANDETA diadakan.sepanjang malam anugerah ini,semua berjalan lancar.sangat banyak pengalaman dan suka duka di dalam MANDETA ini,tetapi hasil kerjasama seluruh warga MANDETA menampakkan hasil yang lumayan.semuanya dapat dijalani seperti yang telah dirancangkan sebelum ini.bermula pada pukul 8.30 mALAM ketibaan tetamu dan perarakan masuk ke grand nirwana ballroom,crown plaza mutiara hotel merupakan detik berlangsungnya malam yang penuh gilang gemilang ini.perasmi pada malam ini adalah Datuk dr azarae haji idris iaitu TNC HEP DAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYA sendiri serta isteri.Turut menjadi tetamu vip pada malam ini ialah DATUK DR JAMIL MAAH ,TNC PENYELIDIKAN DAN INOVASI UM serta PENGETUA KOLEJ UNGKU AZIZ,DR ABDUL JALIL OTHMAN.
tetamu diarak masuk diiringi pasukan beg pipe diatas karpet merah yang terbentang menghala ke meja tetamu pada malam ini.
tema yang digunakan pada malam ini ialah career and profession black and white.antara yang menarik perhatian pada malam ini adalah gimik perasmian dan juga gimik pengerusi majlis.
persembahan daripada tarian kreatif kolej juga tidak kurang hebatnya diikuti dengan persembahan nasyid oleh kumpulan DA`IE serta yang menghangatkan lagi suasana ialah tarian hip hop oleh kumpulan DJ CREW..persembahan terakhir ialah daripada artis undangan khai dan rosmah.cabutan bertuah dan penyampaian anugerah juga berlangsung dengan penuh jayanya.
TAHNIAH KEPADA SEMUA FAMILY MANDETA `09!!!!!!!!

Isnin, 9 Mac 2009

perkahwinan............







perkahwinan merupakan satu keberkatan dan kebahagian dalam suatu perhubungan.
sememangnya perkahwinan itu merupakan saat paling manis bagi mereka
yang bercinta.
saat ini akan sentiasa dikenang dan diingati oleh setiap pasangan.
perkahwinan merupakan jalan yang paling banyak menyelesaikan isu gejala tidak bermoral.
tetapi persoalannya bagaimana selepas ambang perkahwinan?adakah akan sama atau sebaliknya?
persoalan itu kadang-kadang akan menghantui perasaan dan pemikiran kita.
bagaimana dengan ibu bapa kita?kenapa mereka tetap bahagia sehingga sekarang?
apa rahsia rumah tangga mereka?banyak lagi yang perlu dipelajari dalam perkahwinan...
bukan mudah nak faham memahami antara satu sama lain...mereka yang sudah berumah tangga selama 30 tahun pun belum tentu saling faham memahami antara satu sama lain..tetapi yang paling penting adalah sikap tolak ansur.jika kita sudah tahu tanggungjawab kita sebagai suami atau isteri sudah tentu tidak banyak masalah akan timbul..suami mesti sentiasa memberi perhatian kepada isterinya dan isteri hendaklah sentiasa memberikan kasih sayang kepada suami...kadang-kadang belaian isteri boleh menenangkan suaminya yang sedang dalam masalah..
kenapa saya menulis tentang perkahwinan?hehee...
sebenarnya pada 7 dan 8 mac yang lalu saya berpeluang untuk melihat perkahwinan abg sepupu saya berkahwin iaitu muhammad hafizi bin ahmad dengan nor aishah bt aris di felda sungai koyan 3 raub pahang...
bila melihat orang mendirikan masjid..hati ini terdetik juga..hehe..tapi masih belajar...masih banyak halangan perlu ditempuhi...kena ada pekerjaan dan rumah dahulu...baru boleh menanggung orang...
kalau tidak...nak bagi makan ape nanti?hehe...
tapi....perkahwianan merupakan sumber rezeki...ALLAH akan memberikan rezeki kepada mereka yang berkahwin..itu adalah kelebihan dalam perkahwinan....apa pun moga saya akan mendapat isteri yang akan sentiasa memberi kebahagian kepada saya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse