Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 27 Februari 2009

pengalaman di RAUDHATUS SAKINAH


SALAM..
pada 25 februari yang lalu...asri mendapat pengalaman paling berharga dalam hidup...
iaitu berpeluang untuk menjalankan satu program di raudhatus sakinah.
pada mulanya perancangan kami hanyalah untuk membuat soal selidik untuk assigment TITAS kami...tetapi kami diberi peluang untuk bersama-sama pelatih di raudhatus sakinah....
pada mula kedatangan kami..sememangnya saya sangat gementar dan takut kerana akan berhadpan dengan semua wanita,walaupun pengalaman sebagai fasilitator itu banyak...tetap ini kali pertama asri membuat program di tempat dan berhadapan dengan semua wanita.
perasaan sebak dan terharu di dalam hati mula berputik tatkala melihat wajah dan air muka pelatih di sini...
secara jujur dari saya...memang tampak keserian dan cahaya di muka mereka...walaupun sebelum ini mungkin mereka banyak membuat kesalahan dan dosa...tetapi setelah menerima didikan dan tarbiyah yang sempurna akhirnya mereka boleh berubah...
tampak kekuatan dan semangat yang ada dalam diri mereka semua....tetap tabah menerima dugaan hidup..alangkah baik dan bagusnya jika mereka terus berkekalan sebegini....moga mereka semua menjadi role model kepada masyarakat apabila keluar kelak...
dalam kesempatan tak sampai seharian pun...tapi saya rasa kedatangan kami ke raudhatus sakinah ini sangat bermakna....banyak yang dapat kami pelajari....
sempat juga mendengar cerita dan luahan perasaan daripada mereka....
sedih dan sebak mendengarnya.....
sebelum balik asri telah membuat sesi muhasabah bersama mereka...memang titisan air mata yang mengalir....
tapi...harapan asri...mereka semua akan berjaya dalam hidup dan capai impian dan cita-cita mereka....moga mereka akan terus diberikan hidayah.....


SEMOGA MEREKA YANG BERADA DI SINI AKAN TERUS KUAT MENJALANI KEHIDUPAN DAN APABILA KELUAR NANTI MENJADI ROLE MODEL KEPADA MASYARAKAT.TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI SAHABAT-SAHABATKU!!!!!!!

program VIOVA `09 SMK VICTORIA



salam kepada semua...
sudah lama asri tidak membuat coretan di blog asri...
macam2 cerita yang nak asri kongsi sebenarnya.....
tapi....maybe tak semua asri akan ceritakan...
pertama mengenai program fasilitator asri iaitu VIOVA`O9...
asri buat program ini di smk victoria kuala lumpur pada 20-22 februari yang lalu...
sememangnya aktiviti dan program ini sangat best dan menarik...
asri adalah pengarah program ini...anjuran kelab fasilitator kolej kediaman ungku aziz um...
asri rasa bertuah kerana banyak pengalaman baru dan perkara yang asri dapat pelajari sepanjang aktiviti ini berlangsung....
pelajar smk victoria mempunyai tradisi mereka yang tersendiri dan sekolah ini sangat berpegang kepada tradisi mereka....
apa pun..asri bangga KERANA dapat menjalankan program ini dengan jayanya di smk victoria ini.
paling yaNG Menyayat hati asri apabila pelajar lelaki victoria menangis di depan fasilitator mereka sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada kami semua....
mereka JUga membuat perkara yang kami tidak sangka walaupun itu merupakan tradisi sekolah mereka....
best sangat dengan victorian ini....semua ada semangat seladang....
program ini dirasmikan oleh TNC HEP DAN ALUMNI UM,ayahnda prof madya datuk dr azarae haji idris....

Sabtu, 7 Februari 2009

DUA ORANG MENTERI BESAR DI PERAK.....

perak adalah sebuah negeri yang bertuah kerana mempunyai pentadbiran istana yang memiliki kelulusan akademik yang tinggi.

sultan perak sendiri adalah bekas ketua hakim malaya.sudah tentu tuanku mempunyai banyak pengalaman mengenai undang-undang.

tetapi situasi yang belaku di perak tampaknya semua ini tercabar dan dicabar akibat daripada pergolakan politik di kalangan pakatan rakyat dan barisan nasional.

``nasi sudah jadi bubur``mungkin itu yang boleh saya gambarkan kepada 3 adun bebas dikalangan bekas wakil rakyat pakatan rakyat.Dalam pergolakan poltik di perak ini mereka bertiga harus mengambil tanggungjawab besar akibat daripada keputusan mereka untuk meninggalkan pakatan rakyat.

sehingga sekarang kita masih tidak mendengar sebab yang benar-benar musabab yang membuatkan mereka meninggalkan pakatan rakyat.kalau ada rasuah yang belaku dalam kerajaan negeri atau penyelewengan yang dilakukan sememangnya sangat wajar mereka meninggalkan pakatan rakyat.tetapi berita mengenai rasuah dan penyelewengan langsung tidak kedengaran.

adakah ada sebab lain mereka meninggalkan pakatan rakyat?
itu semua harus diperjelaskan kepada umum,jika tidak mahu semua ini disalah tafsir.
perkara ini mungkin akan menjadi sejarah hitam dalam negara.
bukan sahaja mengenai sistem demokrasi,tetapi dari segi perlembagaan dan penglibatan intitusi istana.sudah tentu perkara ini akan menjadi kajian dan perkara yang akan dibicangkan oleh ahli akademik dan sejarawan supaya perkara seperti ini dapat dijadikan pengajaran.

Di perak sekarang mempunyai dua orang menteri besar.satu sah dari segi perlembagaan,satu mendapat perkenan daripada sultan perak.tetapi ini semua akan dinilai oleh badan kehakiman negara.oleh itu,satu pihak terpaksa dan semestinya beralah dan melepaskan jawatan itu untuk kesejahteraan rakyat.

jika barisan nasional yang memerintah,jadikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagai yang utama.

Rabu, 4 Februari 2009

POLITIK PERAK BERGELORA....

apa sudah jadi di perak?
Akhirnya teka-teki 2 orang adun daripada PKR itu terjawab hari ini
mereka telah keluar daripada pakatan rakyat dan menjadi calon bebas serta menyokong barisan nasional.
Timbalan speaker daripada DAP iaitu hee yit foong adun jelapang juga mengumumkan keluar dari pakatan serta menjadi calon bebas dengan menyokong calon daripada barisan nasional.
ketika sidang media di putrajaya petang tadi...adun bota iaitu YB Nashruddin yang sebelum ini mengumumkan keluar daripada umno dan menyertai PKR akhirnya kembali semula kedalam UMNO.
berikutan itu BN mempunyai kelebihan satu kerusi dan boleh membentuk kerajaan di PERAK.
Menteri besar perak akhirnya mengadap sembah sultan perak untuk meminta perkenan membubarkan dewan undangan negeri.tetapi menurut sumber yang didengar kerajaan perak tidak boleh dibubarkan.
TPM iaitu dato seri najib razak akan mengadap sultan perak untuk memohon perkenan membentuk kerajaan di PERAK.

inilah situasi politik yang belaku dalam politik tanah air kita.tidak habis-habis dengan isu lompat melompat.langsung tidak ada pendirian.
situasi ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada pakan rakyat apabila aktiviti lompat parti ini seolah-olah dibenarkan oleh kerajaan barisan nasional.
mungkin selepas ini ramai di kalangan ahli umno dan barisan nasional akan menyertai pakatan rakyat jika tidak bersetuju dengan parti atau terdapat perselisihan.

mungkin sekarang perkara ini belaku di perak tetapi tidak mustahil akan belaku di peringkat pusat.selepas ini pihak kerajaan tidak boleh menuduh pakatan rakyat apabila mereka ingin merampas kerajaan dengan menarik ahli parlimen daripada barisan nasional.

Selasa, 3 Februari 2009

ADUN PERAK......apa prinsip mereka?


salam kepada semua....

Apa sebenarnya yang belaku di perak?
memang angin politik ini akan terus bertiup kencang dan kadang kala boleh datang seperti taufan.....
selepas daripada ura-ura mengatakan dua esko perak iaitu YB KAPTEN(B) MOHD OSMAN MOHD JAILU dan YB JAMALUDDIN MOHD RADZI...akan keluar dari pakatan rakyat dan mengemukakan surat perletakan jawatan akhirnya mereka berdua mengeluarkan kenyataan melalui wakil mereka pada sidang media yang diadakan.

persoalannya..kenapa mereka setelah speaker kerajaan negeri perak menghantar surat perletakan jawatan mereka kepada SPR,baru mereka mengeluarkan kenyataan.kenapa tidak awal lagi?
ketika angin bertiup kencang dan desas desus itu terus tersebar sepatutnya mereka sudah menyatakan pendirian mereka di dalam parti.tetapi setelah beberapa hari baru menyatakan pendirian.sumber mana yang hendak dipercayai pun memang sangat memeningkan kepala.

sikap ADUN yang begini akan membuatkan kekecohan dan ketidakkepercayaan.mereka seharusnya sentiasa berpegang kepada prinsip....

Berikut adalah kenyataan yang mereka keluarkan:

Merujuk kepada laporan media semalam yang menyatakan saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Unangan Negeri (Adun) kawasan Behrang.

Sukacita saya sekai lagi ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana saya masih berkhidmat sebagai wakil rakyat dan sehingga kini tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melepaskan jawatan setelah dipilih oleh rakyat.

Berhubung dakwaan bahawa saya telah menghilangkan diri kerana mahu melompat parti, suka saya menjelaskan bahawa saya tidak pernah menghilangkan atau melarikan diri daripada mana-mana pihak.

Sebaliknya, ingin saya jelaskan bahawa saya telah bercuti dari 28 Januari hingga 30 Januari 2009 kerana sakit.

Pada 31 Januari 2009 hingga 1 Februari 2009 pula adalah cuti hujung minggu dan tempoh tersebut digunakan oleh saya untuk berehat.

Bagaimanapun, laporan berita semalam yang kononnya saya telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai wakil rakyat benar-benar mengejutkan saya.

Dalam hubungan ini, adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak berasas sama sekali.

Lebih-lebih lagi saya sendiri semalam tidak berada di Perak, apatah lagi untuk menghantar sendiri surat peletakan jawatan saya ke rumah beliau.

Kenyataan tuan Speaker tersebut benar-benar mengejut saya dan telah menimbulkan kekeliruan dan kegemparan di seluruh negara sedangkan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

Buat masa ini, saya akan meneruskan tugas saya dan tanggungjawab saya seperti biasa dan tidak timbul isu kononnya saya telah bertukar parti.

Saya berharap penjelasan ini akan menghuraikan kekeliruan yang ada dan saya berharap pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak benar demi kepentingan politik pihak tertentu.

Yang benar,
YB Jamaluddin Mohd Radzi
2 Februari 2009

Penafian peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Changkat Jering.

Adalah saya, Yang Berhormat Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering, ingin menafikan bahawa saya telah meletakkan jawatan saya sebagai wakil rakyat.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah pergi ke rumah Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi menyerahkan surat peletakan jawatan saya seperti yang didakwa.

Sebaliknya, saya masih berkhidmat sebagai wakil rakyat seperti biasa dan sehingga kini tidak timbul soal saya telah melompat parti.

Saya berharap penjelasan saya ini akan merungkai segala kekeliruan yang timbul.

Pada masa yang sama, saya juga berharap para pemimpin Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri menghentikan sebarang kenyataan yang berunsur tohmahan terhadap saya.

Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh majoriti penduduk di kawasan Changkat Jering, saya merasakan bahawa tugas saya sebagai wakil rakyat masih banyak dan mesti diteruskan berdasarkan amanah yang dipikul di bahu saya.

Sekian.

Yang benar,
YB Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu



Ahad, 1 Februari 2009

politik terbaru di MALAYSIA

salam kepada semua...

politik malaysia terus bertiup kencang walaupun selepas berakhirnya pilihan raya kecil kuala terengganu.walaupun berita mengenainya seperti angin sepoi-sepoi bahasa tetapi berita mengenainya tetap hangat diperkatakan terutamanya melalui media massa.mungkin untuk menjadi berita terhangat...

senario politik malaysia nampak terus beralih angin dan sentiasa bergelora terutamanya selepas pilihan raya umum yang lalu setelah pakatan rakyat daripada pembangkan berjaya menidakkan majoriti 2/3 barisan nasional di dalam parlimen.

tsunami politik ini nampaknya terus belaku walaupun selepas pilihan raya.kejayaan dan kemenangan pakatan rakyat di kuala terengganu dan permatang pauh di lihat sebagai satu medan perubahan rakyat dan beberapa orang ahli UMNO telah keluar dari parti itu dan memasuki pakatan rakyat.

terbaru dan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.kedua-duanya adalah adun daripada PKR perak yang dilaporkan menghilang sejak beberapa hari lalu telah mengantar surat kepada speaker kerajaan negeri perak untuk meletakkan jawatan.

sehubungan dengan peletakkan jawatan itu 2 pilihan raya kecil nampaknya akan belaku dalam masa terdekat ini di perak.sebelum itu desas-desus bertiup kencang bahawa 2 orang adun ini akan menyertai barisan nasional.namun sebaliknya apabila hari ini mereka meletakkan jawatan.

mungkin satu teka-teki yang dilihat daripada perletakkan jawatan ini.kenapa mereka meletak jawatan?kedua-dua mereka sebelum ini ada dikaitkan dengan satu kes rasuah di perak.menurut satu laman yang saya baca.UMNO menggunakan kesempatan ini untuk memancing dua orang Adun ini menyertai mereka.jika mereka berdua menyertai UMNO kerajaan perak di bawah pakatan rakyat akan tumbang dan perlu diadakan sekali lagi pilihan raya kecil di PERAK.

sebaliknya perkara itu belaku apabila Adun bota,yang juga ahli UMNO perak telah mengumumkan pendirian menyertai pakatan rakyat.justeru peluang untuk UMNO merampas kerajaan perak agak samar kerana pakatan rakyat berjaya menambah satu lagi kerusi.

apapun saya beranggapan bahawa jika perkara seperti ini terus belaku akan menyebabkan satu sistem yang tidak teratur di dalam negara.Ahli politik bebas untuk berhijrah kemana-mana parti politik.kes yang belaku mungkin nampaknya kecil..tetapi jika 10 atau lebih ahli Parlimen atau Adun yang melompat parti sudah tentu akan menimbulkan kekecohan.kenapa perlu mereka melompat parti?

sememangnya jika difikirkan dari segi kebaijkan memang ada baiknya.kerana mungkin mereka rasa parti politik yang mereka perjuangkan itu tidak relevan lagi atau mempunyai kelemahan.tetapi itu bagi ahli parlimen atau Adun yang mempunyai prinsip perjuangan.
tetapi,bagaimana jika ada diantara mereka yang mudah termakan dengan rasuah dan wang ringgit serta mudah dibeli oleh pihak tertentu.sudah tentu perkara ini menimbulkan banyak pandangan negatif serta ketidakkepercayaan rakyat kepada pemimpin mereka.

justeru satu kajian dan penyelidikkan harus di buat mengenai perkara ini.perkara ini walaupun nampak kecil dan sinis tetapi akan menjadi barah yang berterusan jika tidak ada satu pendirian yang dibuat.

undang-undang yang menghalang ahli politik melompat parti seolah-olah menyekat kebebasan,tetapi jika tidak dibuat ahli politik akan sewenang-wenangnya menukar parti dan meyebabkan kerajaan tidak utuh dan cekap.

saya berharap agar politik malaysia akan menjadi contoh kepada dunia malalui sistem pelaksanaanya di samping sentiasa bersih dalam amalan demokrasinya......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse