Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 21 Disember 2009

analisis KOVENSYEN BLOGGER PAS

salam kepada semua pembaca blog


1.Penulis ingin memberikan respon dan pandangan mengenai KOVENSYEN BLOGGER PAS yang telah diadakan  di dewan Datuk Fadhil Noor, Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Konvensyen Pertama Blogger PAS menghimpunkan hampir 300 para Blogger yang setia dengan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS. Konvensyen ini yang diadakan buat julung-julung kali diadakan untuk membentangkan 2 kertas kerja akademik yang berkaitan fenomena blog yang telah menjadi satu pengaruh baru dalam dunia abad ke-21 ini.

2.Penulis mahu melihat sejauh manakah keberkesanan penulisan di dalam media massa ini mampu mempengaruhi rakyat sekeliling dan sejauh manakah kejujuran di dalam penulisan blog itu sendiri.Pada masa kini BLOG dilihat sebagai satu medan serangan politik yang cukup hebat dan tidak keterlaluan kalau penulis memberikan perumpamaan sebagai medan fitnah terbesar di arus perdana yang mana setiap maklumat yang didapati terus disebarkan di dalam blog tanpa melalui medan tapisan tertentu dan sudah semestinya blog menjadi lebih terkenal dikalangan penulis kerana sifatnya yang begitu.

3.Di dalam kovensyen ini Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan para blogger supaya jangan syok menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat."Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.
"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.


4.Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohongLebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita .Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan "Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagiBeliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.Sehubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari"Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya.

5.Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan."Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya.Para penulis blog juga tegasnya perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.Manakala penganjuran konvensyen blogger PAS ini juga katanya langkah terbaik untuk memastikan bloger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik"Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan)", katanya.


6.Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang.
Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.Berucap sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Blogger PAS , Abu Hassan memberitahu antara faktor besar kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog.

7.Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 itu mendapati blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.
Malaysia menggunakan kemudahan internet hampir 92 peratus dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding United Kingdom 66 peratus dan Amerika Syarikat 60 peratus.Ketika ditanya kenapa berlaku perbezaan ketara penggunaan internet Malaysia dengan UK dan USA, Abu Hassan memberitahu ianya bergantung kepada amalan demokrasi negara masing-masing.Jika sesebuah negara itu mendokong kebebasan bersuara, maka penggunaan internet mungkin tidak begitu tinggi berbanding negara yang mengokong kebebasan bersuara.Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies

8.Penulis melihat bahawa perbincangan penulisan blog ini perlu diperluaskan termasuk oleh kerajaan Malaysia.Penulisan blog ini merupakan satu medan perkembangan idea dan diskusi secara bernas.Setiap BLOGGER perlu tahu tatacara dan budi bahasa mereka di dalam penulisan kerana penulisan ini bisa menjadi racun kepada umat jika racun ini dibiarkan ditabur dan di minum oleh masyarakat.Mungkin kerana keghairahan kita mahu menyampaikan sesuatu sehingga kita lupakan prinsip dan norma dalam kita menjaga keaiban orang lain.Penulis berharap para BLOGGER akan lebih matang dan mewujudkan persaingan sihat di pentas pertarungan alam maya ini.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse