Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 17 Oktober 2009

sambutan hari raya KUAZ

suasana hari raya sememangnya tidak akan padam walaupun sudah sebulan di bulan syawal...sudah menjadi tradisi dan adat di malaysia rumah terbuka diadakan bagi meraikan kemeriahan syawal...tidak terasa jika hidangan tradisional seperti lemang dan rendang,satay dan ketupat...serta bermacam lagi juadah istimewa ketika syawal tidak dihidangkan di rumah terbuka aidilfitri ini.....

Barisan JTK DAN JIK serta PENTADBIRAN Kolej Kediaman Ungku Aziz justeru turut sama-sama tidak ketinggalan untuk menganjurkan rumah terbuka aidilfitri KUAZ pada tahun ini...

bertempat di Dewan Pendeta Kolej kediaman Ungku Aziz pada 15 oktober yang lalu maka kehangatan suasana
rumah terbuka aidilfitri turut di rasakan oleh para pelajar international yang berada di kolej kediaman ini untuk sama-sama meraikan kemeriahan rumah terbuka ini...
yang paling menarik..para pelajar international ini turut sama memakai pakaian tradisional melayu....

Rumah terbuka ini diadakan secara santai dan bersahaja..yang merupakan idea daripada master kolej ungku aziz sendiri iaitu Prof Madya Dr Abd Jalil Othman yang mana ketika ucapan beliau....pendekatan yang berbeza telah digunakan...melalui lakonan bersahaja dan santai bersama penyelia dan para pelajar kolej...melalui pendekatan ini lebih merapatkan hubungan diantara pihak pentadbiran dan para pelajar kolej kediaman....

sewaktu sajian dihidangkan...master dan
barisan pentadbiran kolej telah beramah mesra bersama pelajar-pelajar kolej....semua yang hadir pada malam itu berpakaian yang cantik dan menarik serta suasana hari raya masih di rasakan apabila dendangan lagu raya di sajikan pada semua hadirin....

perkara yang menarik juga pada malam ini menunjukkan semangat 1MALAYSIA apabila para pelajar cina turut membuat persembahan dengan menyanyikan lagu raya..tahniah diucapkan kepada mereka semua atas semangat muhibbah yang ditunjukkan....

pelbagai aktiviti menarik telah diadakan...kuiz dan soalan
yang melucukan untuk tetamu yang hadir turut diberikan..dan hadirin yang hadir pada malam itu turut menerima hadiah dan cenderamata....

Akhir kata..terima kasih yang tidak terhingga
kepada Master yang banyak membantu dalam menjayakan majlis ini bersama barisan pentadbiran kolej dan tidak lupa juga kepada semua saf-saf kepimpinan JTK DAN JIK kolej ungku aziz dalam menjayakan sambutan ini.....


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse