Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 16 September 2009

rintihan hambamu yang hina.....

cinta.....
bukan mudah untuk mencari cinta manusia....
bukan mudah juga untuk memiliki cinta manusia....
bukan mudah untuk mempertahankan cinta......
bukan mudah juga untuk terus membahagiakan cinta....

cinta ku.....
aku bukanlah sehebat seorang romeo..mencintai juliet....
aku bukanlah setulus adam mencintai hawa......
dan aku bukanlah setanding rasullulah mencintai khadijah......

cinta yang ku miliki tidak dapat ku pertahankan,,,,
cinta yang ku miliki ku biarkan ia terbang di awang-awangan.....
cinta yang ku miliki membuatkan aku terus keliru dengan perasaan ini.....


aku tahu dan mengerti bahawa.....
aku tidak layak mencintai seorang wanita jika tidak meletakkan ALLAH dan RASULLULAH sebagai cintaku yang utama....
aku kadang-kadang tenggelam dalam keenakan dan belaian cintaku....
alangkah indahnya jika cinta itu hadir bila hati ini benar-benar mencintaimu ya ALLAH...

aku insan yang lemah.....
aku insan yang kerdil.....
tidak mampu melakukan apa-apa jika aku di uji dengan ujian daripada mu....
aku hanya insan yang membenarkan nafsu menjadi tuan di dalam diriku ini.....

aku tidak mampu menguasai diriku sendiri......
aku terus leka dengan buaian indah dan palsu dunia.....
aku terus tenggelam di dalam lembah kehinaan dan kegelapan....

Ya ALLAH...
aku memohon kepada mu......
agar aku dikuatkan dalam menghadapi rintangan dan ujian daripada mu.....
aku memohon kepada mu agar sinar hidayah sentiasa hadir di dalam hatiku....
aku rindu untuk menangisi dan mengadu kepada mu.....
aku rindu untuk menyerahkan segala jiwa dan raga ini hanya untuk mu....
aku rindu untuk terus membacakan kalimah cinta mu......
aku rindu untuk bersumpah....bahawa hidup dan matiku hanyalah untuk mu....

aku ini insan yang hina.....
hina disisimu ya ALLAH....
telah banyak dosa dan noda yang telah aku lakukan.....
tetapi tidak sedikit pun taubat ku tepati....
aku sentiasa mengharapkan agar aku diberikan kekuatan untuk kembali seperti dulu....
aku tidak mahu terus menjadi seperti ini.....
aku sentiasa mengharapkan kebahagiaan di dunia......
tetapi aku lupa bahawa kebahagiaan di akhirat adalah untuk selamanya.....

aku sentiasa leka dengan keindahan dan kemewahan dunia....
tetapi aku lupa keindahan firdausi yang kekal selamanya...dan aku lupa neraka jahim yang hitam akan menjilat tubuhku ini jika aku tidak bertaubat.....

ya ALLAH..... Bantulah hamba mu ini.......
bantulah hamba mu yang sudah lupa akan tanggungjawabnya......
bantulah hamba mu yang sering leka dan lalai ini......

hanya hidayah dan inayah daripada mu yang ku nantikan....
dan aku mengharapakan rahmat mu ya ALLAH.......


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse