Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 21 Jun 2009

kerajaan perpaduan satu kajian

'Kerajaan perpaduan atau dalam bahasa Inggerisnya "unity government" atau "national unity government" atau "national union government" atau "national government" bermakna sebuah kerajaan camporan yang meluas disertai oleh parti-parti politik utama atau semua parti politik yang mempunyai wakil dalam dewan parlimen (atau apa jua
nama dewan yang sama dipanggil) biasanya dibentuk bilamana sesebuah negara menghadapi satu-satu keadaan kecemasan (atau dharurat) atau di dalam zaman perang.'

istilah kerajaan perpaduaan ini secara lahiriahnya dilihat kerajaan perpaduaan ini akan terbentuk selepas daripada sesebuah negara itu mengalami kucar kacir dan pergolakkan barulah kerajaan perpaduan ini akan di wujudkan.persoalannya adakah malaysia mahu menunggu peristiwa darurat berulang kembali dan telah belaku pertumpahan darah baru ingin menubuhkan kerajaan perpaduaan ini.

kerajaan perpaduaan ini bukanlah sesuatu yang baru,banyak negara-negara di dunia ini yang sudah melalui proses kerajaan perpaduan ini

'Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan dibentuk di Kanada. Kerajaan Konservatif pimpinan Sir Robert Borden telah mengajak Parti Liberal (parti pembangkang) pimpinan Sir Wilfrid Laurier untuk menyertai kerajaan tetapi ditolak. Walau bagaimanapun, Borden berjaya memujuk ramai pemimpin Parti Liberal secara individu menyertai kerajaan "Union Government" yang beliau bentuk. Dalam pilihan raya umum yang diadakan dalam musim luruh tahun 1917, Parti Liberal (yang enggan menyertai kerajaan perpaduan) telah kalah.'

Luxumbourg:

'Di Luxumbourg, kerajaan perpaduan pernah wujud sebanyak dua kali. Pertama, semasa Perang Dunia Pertama (1916) bilamana semua parti-parti utama yang mempunyai wakil di dalam "Chamber of Deputies" menyertai kerajaan di bawah pimpinan Victor Thorn. Kerajaan Perpaduan itu kekal hanya selama 16 bulan.'


'Kedua, dalam tahun 1945, sekali lagi terbentuk kerajaan perpaduan di Luxembourg di mana kesemua empat buah parti yang mempunyai wakil di parlimen menyertai kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Pierre Dupong. Ia kekal sampai tahun 1947 sahaja.'


United Kingdom:

'United Kingdom juga berpengalaman dalam hal kerajaan perpaduan ini. Ia pernah wujud semasa Perang Dunia Pertama dan kerajaan perpaduan itu kekal sampai ke tahun1922. Di zaman kemelesetan besar, parti-parti Buruh, konservatif dan Liberal membentuk "National Government" dalam tahun 1931 tetapi ahli-ahli parti Buruh yang menentang penyertaan parti mereka dalam kerjaaan perpaduan itu telah meninggalkan parti lalu menjadi ahli pembangkang di dalam parlimen.'


Amerika Syarikat:
'Di Amerika Syarikat kerajaan perpaduan hanya memngambil bentuk "rallied around the President" di saat negara menghadapi keadaan genting, misalnya semasa Pearl Habour diserang, pembunuhan Presiden Kennedy dan yang terkini ketika menghadapi peristiwa 9/11. Tidak pernah dua atau lebih parti yang ada perwakilan di Dewan Perwakilan bergabung membentu secara formal kerajaan perpaduan.'

Justeru, dalam suasana kini, model terbaik boleh dilihat dalam petikan ini:

'Di zaman kita ini, contoh terbaik kerajaan perpaduan ialah di Afrika Selatan di mana pernah wujud apa yang dipanggil sebagai "Government of National Unity (GNU)." Ketika kerajaan Afrika Selatan ditadbir di bawah Perlembangaan Sementara (April 1994 Februari 1997), mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi di National Assembly boleh menyertai kerjaan dan menuntut satu atau lebih portfolio lembaga menteri.'

dan negara Iraq juga boleh dijadikan model:


'Kerajaan Parpaduan Nasional Iraq (National Unity Government of Iraq) yang ditubuhkan dalam tahun 2006. Kerajaan berkenaan disertai oleh semua parti yang menang di dalam pilihan raya umum dan membuat perishtiharan memberi komitmen kepada 34 prinsip yang menunjangi kerajaaan perpaduan itu.'


'..semua pihak yang bergabung membuat komitmen untuk melindungi kedaulatan negara Iraq, mengisi kemerdekaan dan memperkasakan perpaduan dan untuk menentukan bahawa kehadiran tentera asing di Iraq akan berakhir dan pasukan keselamatan Iraq mengambilalih tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan sama-sama memerangi keganasan.'

kerajaan perpaduan ini harus di lihat dari sudut positif untuk kepentingan negara.wujudnya kerajaan perpaduan ini mampu membuka lembaran baru kepada politik malaysia yang lebih terbuka.malah bagi pendapat saya MALAYSIA sepatutnya menjadi pemangkin dan contoh terbaik kepada dunia dalam penubuhan kerajaan perpaduan ini.

peribahasa di telan mati emak di luah mati bapak bukanlah sesuatu yang wajar dalam isu kerajaan perpaduan ini.jika perkara ini membawa kebaikan untuk generasi akan datang perkara ini perlulah di kaji dan diselidiki.pimpinan parti politik seharusnya membuka ruang perbincangan sebelum mengadakan kritikan mengenai kerajaan perpaduan ini.

jika perbincangan meja bulat sudah berlangsung dan kata putus sudah di ambil barulah dapat di nilai sejauh mana keberkesanan kerajaan perpaduaan itu.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse