Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 25 Oktober 2008

my future

apids um 2008


wawasan desa ipt kg paya jaras hilir

fasilitator di sek men sains alam shah cheras

malam apresiasi terbilang hotel crown plaza kl

malam apresiasi gemilang 2008 hotel holiday villa subang

fasilitator kick 08

pertandingan memasak bubur assyura

kembara berbasikal melawat PPUM


DINNER APIDS DI HOTEL SINGGAHSANA PJ


jamuan majmuah 3 di pantai melawi tok bachok kelantan

lawatan ke kl semasa di um nilam puri


ahli majmuah3 ketika di um nilam puri

Ahad, 12 Oktober 2008

batolian ke 25 rejimen askar melayu diraja kem bentong pahang

salam kepada semua pembaca blog sekalian,
saya baru sahaja pulang daripada kem kempimpinan dan rekreasi di kem bentong pahang bermula pada 10 oktober sehingga 12 oktober 2008,sememangnya kem ini sngat bermakna buat saya kerana berpengalaman bersama anggota tentera.ketua penyelaran kem ini ialah mejar hisham.kami mula sampai ke kem bentong pada 10 hb jam 4.30 petang.selepas tiba di kem kami di sambut dengan cukup meriah iaitu dengan semboyan daripada angkatan tentera.selepas daripada taklimat kami telah bergerak ke taman rekreasi chamang dan berkhemah di kawasan hutan.kami tinggal di dalam hammock,sememangnya ini pengalaman yang baru bg saya tidur di dalam hammock,kami mandi di kawasan air renjun chamang ini,sememangnya airnya sangat jernih.segala persediaan yang di berikan kepada kami sememangnya sangat lengkap.makan 6 kali sehari dan banyak aktiviti menarik yang kami lalui antaranya,repelling,night walk,jungle tracking,river crossing,ikthiar hidup,mengenali senjata dan banyak lagi.sememangnya kem ini sangat bagus dan harap semua remaja akan menyertai aktiviti seperti ini.

Khamis, 9 Oktober 2008

terima kasih pak lah

assalamualaikum..
tabir waktu telah merungkai segalanya....segala yang dinanti sudah kunjung tiba...dan itulah titik mula kepada penghidupan..semalam kita telah mengetahui keputusan perdana menteri kita untuk tidak bertanding jawatan sebagai presiden umno dan akan melepaskan jawatan sebagai perdana menteri pada mac 2009.mungkin keputusan ini dibuat setelah mengambil keputusan dalam segenap aspek.beberapa pemimpin dalam pimpinan baisan nasional melihat keputusan ini sebagai satu langkah yang bijak dan satu pengorbanan yang cukup besar.di sini mungkin kita boleh puji sikap seorang pemimpin yang tidak hanya mementingkan diri sendiri lebih daripada segala-galanya.mungkin ini yang dikatakan pemimpin.sentiasa tenang dan sabar dalam menghadapi pelbagai situasi.saya melihat bahawa malaysia merupakan negara yang bertuah kerana kita mempunyai pemimpin yang sememangnya hebat dan banyak sumbangan mereka dalam membangunkan negara.kalau kita lihat dalam situasi politik sekarang,malaysia semakin matang dalam melicinkan sistem demokrasi.malaysia sudah matang dalam berpolitik kerana masyarakat sudah mula sedar dan faham.perubahan politik di negara kita merupakan sesuatu yang positif kerana di sini kita boleh melihat kebijaksanaan pemimpin kita dalam menghadapi situasi.kebenaran dan kesalahan akan mudah terbongkar kerana kita tidak hanya berpegang dan mempercayai satu pihak sahaja.situasi ini melihatkan bagaimana kewujudan pakatan rakyat yang membuat perubahan kepada dimensi politik negara.melihat kepada pemimpin dalam kerajaan dan pemimpin dalam pakatan rakyat sesungguhnya malaysia mempunyai ramai pemimpin yang berjiwa besar.justeru generasi muda hari ini boleh mengambil pengajaran dan memastikan sejarah ini akan terus terpelihara demi memastikan malaysia akan terus aman,maju dan makmur...

Selasa, 7 Oktober 2008

khabar baru

salam dan selamat bertemu kembali.....
selepas perayaan hari raya aidilfitri semakin banyak isu yang berkaitan perkembangan politik negara kita.menurut sesetengah pihak perubahan politik semasa negara kita merupakan satu demokrasi yang sihat.asri rasa bersyukur kerana hari raya aidilfitri tahun ini walaupun disambut dengan penuh kesederhanaan tetapi tetap meriah seperti tahun-tahun sebelumnya.pada hari raya pertama kita dikejutkan dengan kehadiran lebih kurang 800 orang penyokong barisan bertindak hindu iaitu HINDRAF di rumah terbuka datuk seri abdullah ahmad badawi. yang diadakan di pwtc.namun isu ini telah digembar-gemburkan seolah-olah suatu isu yang bersifat perkauman.mengikut sumber kehadiran mereka hanyalah untuk mengucapkan ucapan hari raya kepada datuk seri abdullah ahmad badawi dan menyerahkan memorundum supaya membebaskan tahanan hindraf serta menghapuskan ISA.kebanyakan pemimpin barisan nasional tidak senang dengan kehadiran mereka di rumah terbuka perdana menteri ini.namun di pihak pimpinan pembangkang ada yang memberikan pandangan positif seperti ulasan presiden pas sendiri bahawa kehadiran mereka di pwtc itu merupakan suatu demokrasi yang sihat.saya juga merasakan adalah perlu untuk kerajaan malaysia untuk memansuhkan ISA kerana diaidilfitri yang kita rayakan sudah tentu ada insan yang merana kerana kehilangan orang yang tersayang.khabar baru yang sering muncul di dada akhbar sekarang adalah isu perwakilan UMNO untuk memilih pemimpin mereka.hari ini mungkin kita akan menantikan adakah datuk seri abdullah ahmad badawi akan mempertahankan jawatan nombor satu dalam umno ataupun tidak,tetapi mengikut sumber,datuk seri abdullah ahmad badawi tetapkan akan mempertahankan jawatan nombor sati itu.apapun bagi saya jika beliau terus memerintah ubahlah apa yang salah,perbetulkan kesalahan.jadilah pemimpin yang benar-benar disanjungi oleh rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse