Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 7 Oktober 2008

khabar baru

salam dan selamat bertemu kembali.....
selepas perayaan hari raya aidilfitri semakin banyak isu yang berkaitan perkembangan politik negara kita.menurut sesetengah pihak perubahan politik semasa negara kita merupakan satu demokrasi yang sihat.asri rasa bersyukur kerana hari raya aidilfitri tahun ini walaupun disambut dengan penuh kesederhanaan tetapi tetap meriah seperti tahun-tahun sebelumnya.pada hari raya pertama kita dikejutkan dengan kehadiran lebih kurang 800 orang penyokong barisan bertindak hindu iaitu HINDRAF di rumah terbuka datuk seri abdullah ahmad badawi. yang diadakan di pwtc.namun isu ini telah digembar-gemburkan seolah-olah suatu isu yang bersifat perkauman.mengikut sumber kehadiran mereka hanyalah untuk mengucapkan ucapan hari raya kepada datuk seri abdullah ahmad badawi dan menyerahkan memorundum supaya membebaskan tahanan hindraf serta menghapuskan ISA.kebanyakan pemimpin barisan nasional tidak senang dengan kehadiran mereka di rumah terbuka perdana menteri ini.namun di pihak pimpinan pembangkang ada yang memberikan pandangan positif seperti ulasan presiden pas sendiri bahawa kehadiran mereka di pwtc itu merupakan suatu demokrasi yang sihat.saya juga merasakan adalah perlu untuk kerajaan malaysia untuk memansuhkan ISA kerana diaidilfitri yang kita rayakan sudah tentu ada insan yang merana kerana kehilangan orang yang tersayang.khabar baru yang sering muncul di dada akhbar sekarang adalah isu perwakilan UMNO untuk memilih pemimpin mereka.hari ini mungkin kita akan menantikan adakah datuk seri abdullah ahmad badawi akan mempertahankan jawatan nombor satu dalam umno ataupun tidak,tetapi mengikut sumber,datuk seri abdullah ahmad badawi tetapkan akan mempertahankan jawatan nombor sati itu.apapun bagi saya jika beliau terus memerintah ubahlah apa yang salah,perbetulkan kesalahan.jadilah pemimpin yang benar-benar disanjungi oleh rakyat.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse